sekilas kenangan
Penulis :Damya Hanna
Kategori: Novel
ISBN : 978-967-86-0955-5
Halaman: 480
BERAT :0gram
RM 28

SINOPSIS

SINOPSIS SEKILAS KENANGAN

Tiada siapa menyangka di sebalik kelincahan dan keceriaan sikapnya, rupa-rupanya Ainul Tihani pernah melalui tragedi pahit pada masa lalu. Namun, memori memilukan itu telah terpadam dari kotak ingatannya gara-gara trauma yang dihidapi. Lantaran itu, Tihani merasakan hidupnya kekosongan. Tidur malamnya asyik diganggu igauan dan mimpi yang menimbulkan persoalan.

Jihad Amjad, lelaki berperwatakan dingin yang hidup dalam kebencian ibunya sejak di alam remaja. Akibat tragedi 12 tahun lalu, dia membesar bersama herdikan dan tuduhan yang memedihkan. Pasrah dengan takdir itu, dia membawa diri. Alang-alang dibenci, biarlah dia menentukan arah hidupnya sendiri. Sekurang-kurangnya dia tidak terus berasa sakit menjadi mangsa buangan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.

Di kala Jihad mula mengecap bahagia, dia diduga lagi apabila sahabat yang paling dipercayai tega mengkhianati kepercayaannya. Kecewa Jihad tak terkata bila kekasihnya dibawa pergi.

Akhirnya, Tihani dan Jihad ditakdirkan berjumpa. Pelbagai kenangan mula tercipta. Ada hati yang dalam diam bergelora.

Aku tak boleh janji akan bagi kehidupan yang mewah tapi aku akan cuba jadi lelaki terbaik yang berusaha untuk bahagiakan orang yang aku sayang. Itu janji aku!” – Jihad Amjad

Tanpa mereka menduga, di sebalik pertemuan itu rupa-rupanya terdapat kisah yang bakal terungkai.

Jihad, kalau awak nak saya ceritakan semula apa yang berlaku waktu tu... saya boleh cuba ceritakan sebab sekarang saya dah ingat.” – Ainul Tihani

 

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint