teh tarik kurang manis
Penulis :Abdul Jalil Ali
Kategori: Umum
ISBN : 978-983-124-334-3
Halaman: 304
BERAT :400gram
RM 13

SINOPSIS
Buku terbaru daripada Abdul Jalil Ali yang bertajuk ''''''''Teh Tarik Kurang Manis''''''''. Pastikan anda mendapatkannya di kedai-kedai berhampiran.

"Di luar jangkaan saya, buku pertama ''''''''Asam Garam, Gula & Kopi'''''''' mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pembaca. Ada kawan-kawan kata, gambar saya yang kacak seperti Shah Rukh Khan itu menyebabkan orang tertarik untuk membeli. Hehe...saya tahu kawan-kawan cuma bergurau!

Saya percaya, tarikan sebenarnya ialah kerana siri tulisan di majalah Seri Dewi & Keluarga, Pesona Pengantin dan Midi. Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengamatan seorang wartawan, juga pengalaman sepanjang 25 tahun menjadi ayah kepada anak-anak(empat orang) dan menjadi suami kepada isteri (hanya seorang!). Semua ini menjadi ''''''''asam garam'''''''' dan ''''''''teh tarik'''''''' dalam setiap coretan saya.

Buku kedua ini, TEH TARIK KURANG MANIS juga adalah rempah ratus kehidupan harian yang saya lihat, dengar dan rasa. Ada suka, duka, syahdu, lentok, miang, pedas, pahit dan manis. Marilah kita sama-sama berkongsi pengalaman untuk mengecap kebahagiaan!"
KALENDAR
Imprint