kompilasi masakan bermadu
Penulis :Chef Nor Asmawati Nor Din
Kategori: Resipi
ISBN : 978-983-124-39-1
Halaman: 64
BERAT :200gram
RM 7

SINOPSIS
MASAKAN yang sudah sedap dimakan akan bertambah lazat sekiranya madu menjadi salah satu bahan dalam sesebuah resipi itu. Bukan sahaja untuk hidangan seperti biskut atau kek, mala untuk masakan seperti ayam, daging dan ikan juga sesuai mengikut cita rasa yang ada kelainan.

Madu dikatakan berfungsi untuk membuatkan makanan yang dibubuh dengannya semakin kaya dengan keenakan. Bayangkan sahaja ayam panggang bermadu. Ia lebih sedap berbanding ayam panggang iasa.

Maka, lahirlah idea untuk menghimpunkan resipi-resipi yang mengandungi madu. Buku Kompilasi Bermadu ini terdapat 60 resipi yang sesuai untuk dicuba. Ia juga merupakan cadangan untuk anda mempelbagaikan hidangan dan idea untuk mencipta lebih banyak resipi yang menggunakan madu sebagai salah satu bahan masakan.
Imprint