melayu perkasa
Penulis :Profesor Dr. Sidek Baba
Kategori: Umum
ISBN : 978-983-124-417-3
Halaman: 232
BERAT :300gram
RM 10

SINOPSIS
UMAT dan Melayu adalah dua konsep penting yang terkait dengan proses membangun dan maju. Melayu adalah nama suatu bangsa yang ALLAH ciptakan. Umat adalah suatu konsep pembinaan suatu bangsa berasaskan nilai-nilai Islam. Konsep Umat Melayu ialah menjadikan keutuhan suatu bangsa yang didukung oleh suatu sistem kepercayaan dan tamadun.

Buku ini menggarap beberapa isu yang menyentuh tentang Melayu itu sendiri. Melayu tanpa asas kepercayaan yang betul dan rujukan tamadun yang hebat tidak mungkin bakal menjadi bangsa contoh. Konsep umat yang diolah secara sempit dan terbatas juga meletakkan bangsa Melayu dalam kebekuan. Melayu yang dilonjakkan oleh konsep khayra ummah atau umat terbaik bakal merintis perubahan dan tamadun. Ia bakal menjadi umat contoh terutama dalam bidang ilmu dan perubahan.
KALENDAR
Imprint