ragam kereta
Penulis :Mohd Harith Ahmed Khalil
Kategori: Umum
ISBN : 978-983-124-640-5
Halaman: 120
BERAT :300gram
RM 11

SINOPSIS
SEPERTI manusia, kereta juga mempunyai ragamnya sendiri. Penjagaan yang rapi secara berterusan mampu memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. Ramai di kalangan pemilik kereta pada hari ini terutamanya kaum wanita mengabaikan kesihatan kenderaan mereka dengan tidak melakukan rutin servis sematamata mahu berjimat. Lebih malang, ada juga di antara mereka yang tidak sedar betapa pentingnya menjaga kereta bagi mengekalkan prestasinya sekali gus mengurangkan risiko kerosakan yang lebih serius yang hanya lebih merugikan masa dan wang.

RAGAM KERETA membantu anda dalam mengenali komponenkomponen asas sesebuah kereta. Lebih menarik, buku ini mengajar anda dalam asas-asas penjagaan dan pembaikan mudah sesebuah kereta. Dengan panduan-panduan yang diberikan di dalam buku ini, semuanya mampu dilakukan sendiri di rumah sekali gus mengelakkan sebarang kos pembaikan yang tidak perlu. SELAMAT MENCUBA!
KALENDAR
Imprint