menu orang bujang
Penulis :Haryati Mat Deris
Kategori: Resipi
ISBN : 978-983-124-673-3
Halaman: 92
BERAT :200gram
RM 13

SINOPSIS
Siapa kata orang bujang tidak pandai memasak? Tidak sukar untuk memasak jika kena caranya, malahan merekalah yang paling kreatif mencipta resipi. Sepatutnya memasak perlu dilakukan secara berterusan kerana aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran seseorang dalam bidang masakan. Oleh sebab itu, memasak bukan sekadar satu tanggungjawab tetapi sebahagian daripada aktiviti untuk mencipta dan melunaskan segala keinginan terhadap dunia masakan.

Buku Koleksi Menu Orang Bujang menyediakan 43 resipi mudah, ringkas dan lazat. Buku ini boleh membantu anda menyediakan pelbagai hidangan dengan mudah kerana berkonsepkan langkah demi langkah. Sebagai bonus, disertakan tip berguna untuk memudahkan kerja di dapur. Semoga, buku ini dapat membantu orang bujang melengkapkan diri dengan ilmu memasak.
KALENDAR
Imprint