resipi chef norman
Penulis :Chef Norman
Kategori: Resipi
ISBN : 978-983-124-736-5
Halaman: 112
BERAT :200gram
RM 21

SINOPSIS
BUKU ini sesuai untuk mereka yang gemarkan hidangan fusion. Gabungan resipi timur dan barat mencipta rasa yang hebat dengan sedikit kelainan pada gaya hidangannya membuatkan makanan tersebut lebih menarik. Resipi Cita Rasa Timur & Barat ini terbahagi pada enam bahagian. Bermula dengan hidangan pembuka selera, nasi dan mi, makanan laut, ayam dan daging. Hidangan dilengkapkan lagi dengan resipi pencuci mulut. Chef Norman Musa mengaplikasikan pengetahuan dan kreativitinya sebagai pengusaha restoran bagi menghasilkan resipi-resipi yang mudah tetapi enak. Beliau yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang, kini menguruskan Restoran Ning di Manchester, United Kingdom yang berkonsepkan makanan Malaysia.

Beliau juga membuat banyak demonstrasi dan kelas memasak untuk mempromosi masakan Malaysia diseluruh United Kingdom. Lebih membanggakan, beliau telah dipilih sebagai Chef Rasmi Malaysia untuk pasukan Malaysia Lotus Racing Formula One dan menjelajah seluruh dunia bersama mereka. Penghujung tahun 2010, Chef Norman telah dianugerahkan Prestige 40 Under 40 Poised For Success atas pencapaian beliau dalam dunia masakan di luar Malaysia.
Imprint