kasihnya dia
Penulis :Juriah Ishak
Kategori:
ISBN : 978-983-124-760-0
Halaman: 528
BERAT :400gram
RM 22
SINOPSIS
SEJAK kecil Rina Melati membesar di Rumah Anak-anak Yatim. Nilai-nilai agama diterap dan diamalkan agar dia menjadi muslimah solehah yang berdikari berlandaskan syariat. Namun, dugaan didatangkan ALLAH untuk menguji ketabahannya sebagai hamba. Dalam pencarian mencapai cita-citanya, Rina Melati hampir menjadi mangsa lelaki hidup belang. Muncul Khalid Afandi menjadi penyelamat. Lafaz syukur tidak henti-henti diucapkan.

Malang sekali bagi Rina Melati bila Khalid Afandi minta budinya dibalas dengan harga yang cukup murah. Lelaki itu mahu mengeksploitasi kecantikan si gadis dengan memaksanya menjadi model foto tercemar. Kesuciannya diperdagangkan dan Rina Melati terus terperangkap dalam cengkaman lelaki itu.

Takdir menemukan gadis itu dengan Umar di dalam kereta api sewaktu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth. Sejak itu, nama Umar bersemadi di dalam ingatannya. Kebetulan mereka belajar dalam satu kampus. Dia mengharapkan Umar menjadi teman istimewa untuk membimbingnya kembali ke jalan ILAHI. Malangnya, peristiwa ngeri mendatangi mereka di malam pertemuan. Umar hilang tanpa khabar berita. Begitu juga Khalid Afandi.

Dalam meneruskan pengembaraan di bumi ALLAH, doa Rina Melati mahu menemui kembali Umar dimakbulkan. Tapi masih ada halangan untuk mereka menunaikan janji kasih yang tidak pernah diilafazkan. Dia pasrah dengan takdir hidupnya dan menyerahkan ketentuan ini kepada Yang Maha Esa. Dia redha jika inilah pembalasan terhadap kelalaiannya yang pernah alpa akan kekuasaan ALLAH SWT.
Imprint