bisikan an-nur
Penulis :Zharulnizam Shah Z.A
Kategori:
ISBN : 978-983-124-773-0
Halaman: 432
BERAT :400gram
RM 17

SINOPSIS
Pertembungan emosi antara Zaid dan Luqman terjadi apabila me­reka memuja bunga yang sama dan menyimpan hasrat yang serupa. Zaid seorang mahasiswa yang berkarisma juga merupakan seorang pengarang muda yang sedang meningkat naik namanya di persada Sastera tanah air. Luqman pula mahasiswa biasa yang bersifat rendah diri, sopan santun dan baik hati. Masing-masing cuba mencari jalan terbaik untuk memiliki hati Sofiya.

Bagi Sofiya, dia perlukan kayu ukur untuk menyukat kasih dua pemuda sekuliahnya itu. Dia sayang kedua-duanya hingga terperangkap di tengah-tengah persimpangan. Terluka, dilukai dan melukakan bukanlah pilihan yang diingini. Namun, dia terpaksa demi sekeping hati miliknya.

Negara Timur Tengah menjadi saksi hati yang terluka. Menelan pedihnya sebuah kehilangan. Apakah masih ada sinar bahagia setelah dia gagal memiliki Sofiya? Manakala yang berjaya hidup bahagia di samping Sofiya pula terpaksa merentasi ujian yang maha hebat. Terjerat dalam satu lagi dugaan yang tidak dijangka sehingga terlontar ke dunia sufi dan kasyaf. Lantas, di manakah noktahnya kembara hidup yang penuh teka-teki dan bersilang kata ini? Takdir tentunya tidak ada cetakan kedua dan Sofiya hanya satu dalam seribu.
Imprint