“Doa basuh beras. Rahsia lembutkan hati anak.”- Ustaz Abdullah Khairi


Gambar Hiasan


Pernah ke terdetik di hati kita kenapalah anak-anak zaman ini susah sangat nak mendengar cakap? Anak yang dulunya mudah akur dan patuh pada suruhan kini semakin suka melawan sejak diberikan gadjet serta bergaul dengan kawan-kawan.

Mengikut petua, sebenarnya amalan kita membasuh beras tersimpan rahsia hebat untuk lembutkan hati anak dan pasangan. Jadi, sempena tempoh kuarantin di rumah ni, apa salahnya kita amalkan semula petua yang dikongsi oleh Ustaz Abdullah Khairi melalui Facebooknya.

.

“Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?”

Orang dulu-dulu sering mengamalkan petua yang kebanyakannya adalah doa atau zikir memuji kebesaran Allah. Terutama sekali dalam urusan rumah tangga, layanan terhadap suami dan didikan anak-anak agar keluarga menjadi soleh serta solehah.

Cara ini bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi pasangan dan diri kita sendiri agar sentiasa tenang. Ini juga yang selalu dipesan oleh Rasulullah  Saw iaitu berdoa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalm apa jua keadaan.

Cara Ustaz Abdullah Khairi:

- Genggam beras

- Gunakan tangan kanan untuk membasuhberas

- Semasa genggam niatkan dalam hati dan bacalah doa tersebut: “Ya Allah lembutkanlah hati anakku sebagimana kau lembutkan ini menjadi nasi.

- Cuci dan gaulkan mengikut arah lawan jam

- Amalkan selalu setiap kali nak basuh beras kerana sangat berkat dan anda akan nampak perubahan pada anak-anak dan pasangan.

Lagu satu pesan orang tua-tua, setiap kali nak sediakan makanan untuk diri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan jam.

 

Cara Berzikir

Selain  cara di atas boleh juga diamalkan zikir ini ketika tangan membasuh beras.

- Semasa basuh beras, selawatlah ke atas Baginda Nabi Muhammad Saw

-Bila masukkan air untuk disukat, bacalah:

1- Surah al-Insyirah : Tujuannya ialah sebagai doa untuk mengelak penyakit kepada orang yang makan nasi tersebut dengan izin AllahSw

2- Surah Al-Kauthar: Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat dengan izin daripada Allah Swt

3- Surah Al-Qadr: Sebagai memudahkan ahli keluarga betulkan diri dan memperbaiki amal dengan izin Allah Sw

4.- Zikir Ya Kareem, Ya Raheem- Baca beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini bagi menguatkankasih sayang dalam ahli keluarga

 

Apa kata kita mulakan hari ini kaedah ini sebagai satu amalan demi membina sebuah rumah tangga bahagia.  

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint