Geram Anak Degil. 3 Cara Ini Boleh Membantu Anda!




Anak susah dengar cakap memang menguji kesabaran ibu bapa. Kalau marah pun anak kadang-kadang boleh buat tak tahu je.

Apa penyelesaian yang boleh dilakukan dalam memastikan anak dapat mendengar kata dan seterusnya kita boleh mendidik mereka tanpa sebarang ugutan. Cuba lihat tiga perkara ini yang mungkin boleh membantu anda.

1) MEMAHAMI TAHAP PERKEMBANGAN DAN EMOSI ANAK

Ramai ibu bapa tidak ada pemahaman mengenai tahap perkembangan anak mengikut usia. Oleh kerana tidak tahu, sebab itulah ramai yang cenderung membuat tanggapan buruk pada anak dan akhirnya stress.

 

Contoh: anak berumur 2 tahun- anak ini ‘Fasa Individuating’atau dikenali sebagai –Fasa Mengamuk.

Apabila kita memahami fasa yang sedang anak lalui, jadi berikan mereka peluang dan ruang untuk mereka bertenang dahulu. Kemudian barulah merapati anak itu. Bila dah tenang barulah kita bercakap dan berikan arahan.

 

2) KENAL PASTI VAK SISTEM ANAK ANDA

 

V-visual

V - Auditory

K – kinestatic

Contohnya jika anak faham informasi melalui audio. Jadi bila sebut panas, dia sudah faham. Anak ini tergolong dalam anak-anak yang perlu diberi arahan sahaja.

Manakala dalam situasi sama ada anak yang faham dalam bentuk visual, jadi apabila ibunya mendemostrasikan rasa panas, dia boleh faham. Makan anak ini sifatnya visualiti.

Namun, bagi anak yang tak faham visual, maka dia perlu pegang atau sentuh sendiri apa yang ingin kita arahkan. Justeru, anak itu dinamakan sebagai seorang kinestatik

Sebenarnya tak ada cara yang lebih baik atau pandai, cuma bagaimana cara kita menerima dan menyampaikan informasi ke otak si anak.

 

3) TENAGA/ EMOSI PERKATAAN SAMA LEVEL DENGAN PERBUATAN

Contoh: Anda ingin mengajak anak anda pergi mandi. Masa tu mungkin dia sedang seronok menonton TV. Antara mandi dan menonton TV, mana yang lebih seronok?

Tentulah TV kan!

Jadil, apa yang perlu anda buat ialah, anda perlu tingkatkan tenaga anada dan create exicitement.

Anda masukkan elemen emosi dalam arahan anda.

Sekarang, anda perlu mengajak anak anda itu mandi dengan penuh excitement dan seronok!

Bila anda boleh samakan level tenaga dan emosi anada dengan perkara yang anda ingin dia lakukan, supaya anak akan rasa teruja nak ikut arahan anda.

 

Sumber: iburose.com

 

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint