5 Petua Untuk Ayah ‘Pancing’ Anak Makan!




Pelbagai perkara yang boleh kita terokai semasa di rumah. Terutama waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang. Selalunya ibu ibu yang beri anak makan. Kali ini ayah-ayah pula cuba.

Saya di antara yang kalah beri anak makan. Lama kelamaan boring sebab tak pandai pancing si kecil makan hingga habis. Akhirnya, saya yang habiskan makanan dalam pinggan. Haha.

So gais, jom saya kongsikan 5 panduan memancing menyuap anak makan ;

 

1. Strategi dari awal.

Jika ambil pinggan terus ajak anak makan. Mana mahunya chor. Ayah-ayah sekalian perlu bermain atau 'ice breaking' dulu dengan anak. Buatlah apa apa sahaja bersama anak.

 

2. Bersih atau mandikan anak.

Sebelum sarapan, makan tengah hari atau malam, kita ayah-ayah ambil peluang mandi bersama anak-anak atau mandikan anak anak. Jika anak lelaki, mandi bersama dengannya.

Banyak benda boleh buat. Antaranya ajar cara mandi yang betul. Ini juga adalah pendidikan seksualiti atau reproduktif. Tapi kena ingat, ayah pakailah kain basahan atau seluar pendek. Terkejut pula si anak tertengok.

 

3. Hiaskan anak

Selesai mandi, pakaikan baju dan sikatkan rambut. Masa ini hiaskan anak. Jika perempuan sikat rambut rapi-rapi dan kemas. Jika lelaki bagi handsome macam ayahnya.

Masa inilah peluang nak berbual dengan anak. Cerita masakan atau lauk yang bakal mereka makan. Timbulkan keceriaan dan raikan emosi mereka agar gembira nak makan bersuap dengan ayah.

 

4. Sediakan apa yang mereka minat.

Jika anak-anak suka menulis atau mewarna ketika makan, sediakan buku kesukaan mereka. Maknanya ada aktiviti selingan ketika kunyahan.

Boleh juga buka kartun yang mereka suka. Macam anak saya suka kartun didi and friends atau omar dan hana. Yang penting jangan beri gadget.

 

5. Makan bersama

Satu pinggan makan berdua dengan anak. Maknanya kita ambil lebih. Sekali suap anak, dua kali suap ke kita hehe.

Masa inilah kita akan tahu kegemaran makanan anak kita sama tak dengan kita. Ada anak kita suka pedas. Maka kita pun perlu makan pedas. Kalau anak suka makan kicap, kita pun kena makan lauk kicap. Semasa ini kita raikan apa kesukaan mereka dan kita ikut serta.

 

Boleh cuba untuk makan tengah hari ini. Ibu-ibu boleh tagged suami anda atau sebarkan dalam group ibu ayah.

Jom jadi ibu ayah OSEM !

 

 

Mohd Fadhli bin Othman

#anekdotabimuda

 

Sumber artikel: Mohd Fadhli Othman

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint