5 Langkah Yang Perlu Dilakukan Apabila Berlaku Kegawatan Ekonomi




Berikutan isu Covid-19, ia telah memberi kesan kepada ekonomi negara Malah, ramai yang semakin bimbang bahawa kegawatan ekonomi mungkin akan memberi kesan ke seluruh dunia. Hanya masa yang akan menentukan. Sekiranya seluruh dunia mengalami kegawatan ekonomi, sebagai rakyat kita perlu bersedia. Berikut adalah lima langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kemelesetan pada kewangan peribadi anda.

1. Pastikan anda mempunyai simpanan.

Untuk membuat simpanan agak sukar jika pendapatan isi rumah tidak berubah dan mengalami kekurangan. Walau bagaimanapun, wang simpanan amat penting di waktu terdesak atau kegawatan. Oleh itu, lakukan simpanan walaupun sedikit demi sedikit yang mana pasti akan menyelamatkan anda atau menyenangkan anda di kala kemelesetan ekonomi berlaku. Berjimat cermatlah bermula dari sekarang. Wang simpanan itu boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan anda di waktu kegawantan.

 

2. Pastikan insurans anda dibayar.

Ini merangkumi insurans rumah, kenderaan, nyawa, kecacatan dan insurans perubatan anda. Insurans perubatan amat penting sekiranya anda berhadapan dengan penyakit berbahaya di waktu Covid sedang melanda kini. Insurans dapat melindungi anda sekiranya berlaku perkara sedemikian kerana ia dapat menampung pembiayaan rawatan penyakit yang anda alami.

3. Buat anggaran perbelanjaan.

Anggaran perbelanjaan ini adalah cara yang terbaik untuk membantu anda mengklasifikasikan kehendak dan keperluan. Ketepikan jumlah wang tertentu setiap bulan untuk tujuan kecemasan. Ia bukan sahaja boleh menambahkan kewangan anda, tetapi juga dapat membantu anda berbelanja dengan bijak sama ada keinginan atau keperluan yang perlu diutamakan.

4. Berhati-hati dengan perbelanjaan makanan seharian.

Antara perkara gembira yang anda boleh lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya bagi kaum wanita tentulah memasak. Tetapi, haruslah diingat, perbelanjaan untuk makanan mestilah dikawal sebaik mungkin. Dinasihatkan supaya anda tidak membazir dalam pembelian makanan dan bahan-bahan masakan. Perlu berjimat cermat. Masak dalam kuantiti yang bersesuaian dengan isi rumah. Tidak perlu membazir bagi mengelakkan berlakunya lebihan makanan. Anda juga dinasihatkan tidak perlu membuat pesanan makanan melalui Grab Food atau Food Panda secara berlebihan.


5. Dapatkan nasihat daripada perunding kewangan.

Berjumpa dengan perunding kewangan anda sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi. Anda perlu rujuk kepada pakar kewangan kerana mereka dapat membantu anda dalam menguruskan kewangan anda. Pengurusan kewangan anda perlulah lebih terancang supaya tidak berlaku pembaziran dan sebagainya. Dengan bantuan perunding kewangan, anda dapat menguruskan simpanan anda dengan lebih bijak, sama ada dari segi pembayaran hutang, perbelanjaan keperluan dan lain-lain.

 

Sumber artikel: plannersearch.org

Sumber imej: Google

 

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint