Tip Simpan Duit Cecah RM3000 Dalam Masa Setahun!

Jie | 11-06-2020
Tip Menyimpan
Tip Simpan Duit


 

TIP MENYIMPAN DUIT CARA SENDIRI

Beberapa tahun kebelakangan ini, ramai di luar sana yang berkongsi cara mereka menabung di media sosial. Tak perlu buat pinjaman pun boleh menyimpan. Cuma tentunya masing-masing ada pros & cons nya sendiri yang perlu dikaji dengan lebih mendalam.

 

Menyimpan sendiri pastinya memerlukan komitmen dan disiplin yang sangat tinggi dan bukan semua orang boleh mengekalkan momentum dan disiplin ini. Lebih ramai yang kecundang di tengah jalan. Mana tidaknya, kecanggihan teknologi hari ini yang sangat mudah, praktikal & pantas banyak membantu menggagalkan usaha kita. Yalah, shopping online - hanya di hujung jari anda, tunggu saja di rumah dan TADAAAA.... barang yang dipesan sampai di depan mata. Mudah kan? Tanpa sedar, cara itu berjaya menyusutkan angka dan amaun di dalam akaun bank anda! 

 

Okey, berbalik kepada topik sebenar. Apa kata, kita belajar menyimpan pula? Simpanan itu kemudian bolehlah digunakan untuk perbelanjaan diri atau apa saja. Terpulang apa pun tujuan anda. Yang penting, belajar menyimpan dari sekarang!

 

Seorang lelaki ada berkongsi tipsnya menabung dalam masa setahun hingga simpanannya boleh mencecah angka sehingga lebih RM3 000! Mungkin pada sesetengah orang, jumlah itu tidaklah seberapa, tetapi bagi mereka yang sukar mendisiplinkan diri membuat simpanan, cara ini mungkin berhasil. Sedar-sedar dah setahun pun menyimpan. Semuanya bergantung pada kekreatifan diri sendiri.

 

KONSEP MENABUNG SETIAP HARI, MINGGU & BULAN

 

  • RM1 – Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM366.
  • RM5 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM520.
  • RM10 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM1040.
  • RM20 – Setiap bulan simpan 2 keping. Total setahun RM480.
  • RM50 – Simpan ikut bulan ganjil (Jan, Mac, Mei, Jul, Sep, Nov). Total setahun RM300.
  • RM100 – Simpan ikut bulan genap (Feb, Apr, Jun, Ogos, Okt, Dis). Total setahun RM600.

 

Jumlah keseluruhan setahun RM3,306. Banyak benda kita boleh buat dengan duit banyak tu. Plan elok-elok, elakkan pembaziran.

 

Apa pun caranya, semuanya bergantung atas kehendak diri dan kekreatifan diri sendiri. Jika anda ada cara anda sendiri, teruskan! Diharapkan ia boleh dijadikan sebagai salah satu langkah awal dalam usaha mendisiplin dan mendidik diri menyimpan untuk masa depan.

 

Sumber: Nik Nur Alif Faisal

 

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint