Bercakap Ketika Berwuduk. Ramai Yang Tahu Hukum Tapi Buat-Buat Tak Tahu!




Wuduk adalah syarat sah solat. Bagi menjadikan ia lebih sempurna, ada perkara sunat yang boleh dilakukan seperti mengulang basuhan sebanyak tiga kali, menggosok supaya air rata ke seluruh permukaan anggota wuduk dan membaca doa sesudah mengambil wuduk.

 

Bagaimana pula dengan adab ketika berwuduk, apakah hukum bercakap-cakap ketika itu – contohnya apabila ditegur oleh rakan-rakan atau ketika dipanggil oleh ibu bapa.

 

Sebahagian ulama mengatakan bahawa hukum bercakap adalah makruh. Sebaiknya tidak bercakap ketika mengambil wuduk, namun jika ada keperluan, maka ia dibolehkan.

 

Malah jika ada hal yang mendesak atau mudharat seperti terlihat bahaya yang akan menimpa seseorang, maka diwajibkan bercakap dan memaklumkan orang tersebut. Adapun jika dipanggil ibu bapa, maka juga boleh dijawab dahulu, bimbang jika ada hal-hal yang penting ingin diberitahu.

 

Terdapat satu kisah di mana Nabi SAW juga pernah bercakap ketika berwuduk. Ketika itu baginda mengutuskan seseorang agar memanggil Amru ibn ‘As menemui baginda. Setibanya Amru, baginda memberitahu beliau yang baginda ingin mengutuskannya ke medan perang.

 

“Aku ingin mengutusmu berperang bersama sepasukan prajurit. Semoga Allah menyelamatkanmu, memberikan ghanimah dan dan aku berharap engkau mendapat harta yang baik.”

 

Lalu Amru menjawab,

 

“Wahai Rasulullah, saya tidaklah memeluk Islam lantaran ingin mendapatkan harta, akan tetapi saya memeluk Islam kerana kecintaanku terhadap Islam dan berharap boleh bersama Rasulullah SAW.”

 

Perbualan diatas berlaku ketika Nabi SAW sedang berwuduk.

 

Tuntasnya, jika tidak ada keperluan, diam dan berilah perhatian kepada perbuatan membasuh anggota wuduk hingga selesai.

 

Kredit artikel: https://tzkrh.com/

Kredit gambar: TheRohani

 

 

 

 

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint