Ngerinya Penceritaan Neraka – Ini Doa Yang Boleh Diamalkan




 

 

Apabila disebut tentang neraka, pasti meremang bulu roma kita. Mana taknya, ia adalah sebuah tempat yang paling ngeri dengan azab yang sangat dasyat yang tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran kita.

 

Walaupun ia adalah alam ghaib yang tidak dapat dlihat dengan mata kasar, namun Allah telah menceritakan mengenai keburukan tempat itu dengan penuh teliti bagi memberi amaran bahawa ia adalah azab kepada mereka yang tidak taat kepadaNya.

 

Dasyatnya penceritaan neraka sehingga jika kita melihat video-video imam yang membacakan ayat suci Al-Quran mengenai azab yang dijanjikan, pasti mereka akan menitis air mata kerana gentar dengan perkara tersebut.

 

Ada beberapa sifat neraka yang diceritakan dalam beberapa periwayatan, iaitu:

 

1- Warnanya Yang Gelap Dan Hitam

Ibnu Al-Mubarak meriwayatkan daripada Abu Hurairah – “Neraka dinyalakan seribu tahun sehingga menjadi putih, kemudian dinyalakan lagi seribu tahun sehingga menjadi merah, kemudian dinyalakan lagi seribu tahun sehingga menjadi hitam gelap seperti gelapnya malam.”

 

2- Panas Api Dunia Hanya 1/70 Api Neraka

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Api kamu semua ini 1/70 daripada api neraka jahanam. Jika dahulu ia tidak dapat dipadamkan dengan air laut sepuluh kali, maka kamu semua tidak dapat memanfaatkannya.”

 

3-  Azab Yang Paling Ngeri

Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda: “Pada hari kiamat, manusia yang paling senang di dunia menjadi penghuni neraka, dicelupkan sekali ke dalam neraka. Kemudian dikatakan kepada mereka: “Wahai anak Adam, adakah kamu pernah melihat kebaikan? Adakah kamu pernah merasai kesenangan dalam hidupmu?” Mereka berkata: “Tidak demi Allah, wahai Tuhan.”

 

Doa Yang Boleh Diamalkan

Bagaimana pula dengan anda? Saat membaca entri kali ini, apa yang anda bayangkan? Adakah ngerinya neraka atau berdoa agar Allah tidak melemparkan kita ke dalam neraka atau tiada perasaan kerana memikirkan sempat lagi untuk bertaubat?

 

Walau apapun yang terlintas di hati anda, sentiasalah berdoa kepada Allah agar dijauhi daripada azab api neraka ini.

 

Sebagaimana ada sebuah doa yang diajar oleh Nabi SAW untuk diamalkan sebagai salah satu usaha kita dijauhkan azab itu.

 

للَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَمِنْ شَرِّ الْغِنَى وَالْفَقْرِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari fitnah (ujian di) neraka dan azab neraka serta dari keburukan kekayaan dan kefakiran.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no.1543)

 

Kita tidak mengetahui bagaimana nasib kita suatu hari nanti, tetapi apa yang kita boleh lakukan di masa sekarang adalah dengan memperbanyakkan amalan dan sentiasa berdoa agar dijauhkan dari azabnya.

 

 

kredit artikel: tzkrh.com

 

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint