Hati-hati Para Wanita! Keputihan Adalah Najis Dan Perlu Dicuci Sebelum Solat




Keputihan adalah perkara yang banyak berlaku pada kebanyakan wanita. Dalam istilah sains ia dipanggil leukorrhea, iaitu lendiran putih atau kuning yang keluar daripada faraj atau serviks.

 

Bercakap tentang hal ini, ia sangat berkait rapat dengan kebersihan terutama apabila seseorang wanita ingin menunaikan solat.

 

Dalam Islam, keputihan didefinisikan sebagai cecair yang keluar daripada bahagian batin faraj (kawasan yang tidak perlu dibasuh ketika istinjak). Ia menyerupai gam pekat yang berwarna putih atau hingus yang berwarna putih. Kadang-kadang ia bercampur dengan warna kekuningan dan sedikit hijau.

 

Walau bagaimanapun, ia menjadi keputihan berpenyakit apabila ia menjadi warna kelabu, kuning dan hijau yang berbau busuk dan menyebabkan kegatalan faraj. Menurut pakar kesihatan, hal ini terjadi kerana jangkitan kuman.

 

Dalam Islam, keputihan yang keluar daripada batin faraj ini dikira sebagai najis dan perlu dibersihkan sebelum solat. Malah keputihan yang melekat pada pakaian juga tidak boleh dibawa ke dalam solat.

 

Ia berbeza dengan lembapan faraj yang keluar daripada kawasan faraj yang zahir. Basahan ini disebabkan oleh lembapan peluh daripada had zahir faraj (bahagian yang jelas ketika duduk mencangkung) dan tidak dianggap najis serta tidak membatalkan wuduk.

 

Berbalik kepada persoalan tentang keputihan, jika seseorang mengalami masalah keputihan yang keluar terus menerus, maka dia perlu membersihkannya setiap kali ingin solat. Jika keputihannya keluar ketika dia sedang solat, maka hal itu dimaafkan. Wallahua’lam.

 

 

Kredit artikel: tzkrh.com

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint