Hukum Niat Berwuduk Sebelum Membasuh Muka. Boleh Atau Tidak?




Wuduk ialah salah satu syarat sah solat. Jika wuduknya tidak sah, maka solat yang dilakukan juga tidak sah.

 

Disebabkan itu, kita sentiasa dianjurkan untuk menjaga tata tertib dalam berwuduk. Jangan melakukan perkara-perkara yang boleh memakruhkan wuduk atau yang sehingga boleh menjatuhkan hukum haram kepadanya.

 

Bimbang jika kelak, ia boleh memberi kesan kepada ibadah wajib yang dilakukan.

 

Kalau kita lihat, dalam wuduk sendiri ada beberapa pembahagian, iaitu bahagian yang rukun dan yang sunat.

 

Rukun wuduk ialah perkara-perkara yang boleh membentuk kesempurnaan wuduk yang telah ditentukan. Jika salah satunya tidak dilaksanakan, maka wuduk dianggap batal dan tidak sah.

 

Ada enam rukun wuduk yang wajib diambil tahu, iaitu;

1) Niat


2)  Membasuh seluruh muka


3) Membasuh dua tangan hingga siku

 

4) Menyapu sebahagian daripada kepala

 

5) Membasuh dua kaki hingga buku lali


6) Tertib

 

Entri kali ini akan melihatkan perbuatan niat ketika wuduk kerana ia merupakan salah satu rukun wuduk yang perlu dilaksanakan. Sebahagian ulama berpendapat bahawa ia perlu diniatkan apabila air terkena pada bahagian muka.

 

Walau bagaimanapun, jika ia diniatkan sebelum membasuh muka, wuduknya tetap sah dan tidak menjadi permasalahan. Asalkan ia dilakukan dengan tertib.

 

Imam Al-Baijuri berkata – “Yang lebih jelas adalah berniat ketika awal basuhan bagi mana-mana bahagian muka.” (Hasyiah al-Baijuri ‘ala Syarh Ibn al-Qasim ‘ala Matan Abu Syuja’, 1/89)

 

Imam Nawawi pula menyebut – “Jika dia berniat ketika awal basuhan wajah dan dia tidak berniat sebelum dan selepasnya, maka sah wuduknya tanpa ada khilaf.” (Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 1/361)

 

Jadi, dalam hal ini dapat kita faham bahawa jika niat berwuduk itu tidak dilakukan ketika kita membasuh bahagian muka tetapi diawalkan, maka ia adalah tidak mengapa dan wuduknya adalah sah.

 

Wallahu a’alam

 

Rujukan:tzkrh.com 

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint