Anak Naik Kepala?


children
children


Ramai sangka jika ibu ayah hormat kanak-kanak, kanak-kanak akan naik kepala.

Jika ibu ayah tegas tanpa menengking, kanak-kanak takkan dengar.

Jika ibu ayah memberi peluang untuk mereka memilih, mereka akan terlebih menguasai.

Sangkaan itu tidak tepat. ❌

Sebab anak meniru apa yang ibu ayah buat dan lakukan kepada dia.

Jika ibu ayah tidak hormat kanak-kanak sebagai insan yang ada perasaan, perhatikan, anak kita pun takkan hormat ibu ayah, takkan dengar cakap. .

Jika ibu ayah selalu menengking sambil minta barang dengan anak, perhatikan, anak akan menengking juga bila mahu meminta barang.

Jika ibu ayah tetapkan peraturan dan nilai yang perlu dipatuhi tanpa menunjukkan contoh dan ibu ayah pun tidak konsisten, perhatikan, anak pun takkan mengikut peraturan.

Jika ibu ayah selalu memaksa anak ikut kehendak mereka, perhatikan, anak akan cepat memberontak atau menjadi anak turut semata-mata, tiada keyakinan untuk berkata 'tak'.

 

❤️ Boleh marah, tapi tegas. Tidak perlu tengking, tidak perlu angkat tangan.

Kalau marah sambil menengking, anak tidak mampu untuk menghadam apa ibu ayah cakap sebab mereka tidak mendengar intipati nasihat ibu ayah.

Mereka hanya mendengar NADA SUARA YANG TINGGI DAN TENGKINGAN.

Mereka sibuk memproses bunyi yang kuat di telinga, bukannya sibuk mendengar nasihat.

.

Lihatlah sirah nabi, bagaimana Rasulullah bermuamalat dengan kanak-kanak.

Baginda yang paling banyak kasih sayang, paling banyak sentuhan cinta, paling baik kata-katanya kepada kanak-kanak.

Bahkan ada hadis yang menceritakan murahnya pelukan dan ciuman baginda kepada kanak-kanak.,

Nabi SAW sendiri melakukannya terhadap cucu-cucu baginda, Hassan dan Hussain.

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW pernah mencium Al Hasan bin Ali sedangkan di samping baginda ada Al Aqra' bin Habis At Tamimi yang  sedang duduk. Lalu Aqra' berkata: "Sesungguhnya aku memiliki 10 orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekalipun."

Maka Rasulullah SAW memandangnya dan bersabda: "Barang siapa tidak mengasihi mereka maka ia tidak akan dikasihi." (Riwayat al-Bukhari)

.

Mahu anak sayang kita, tapi kita tidak sayangkan mereka.

Mahu anak berkasih sayang dengan kita, tapi kita tidak tunjuk pun kasih kepada anak.

Mahu anak bercakap baik dengan kita, tapi kita kedekut  untuk memuji dan bercakap perkara baik kepada anak.

.

Rasulullah juga marah, tapi baginda tidak pernah angkat tangan.

.

Rasulullah tegas dalam berkasih sayang.

Sebenarnya tegas dalam berkasih sayang amat digalakkan tetapi perlu mengikut keadaan.

Apabila tegas dan kasih sayang digabungkan, pasti ia akan menghasilkan sebuah kesempurnaan.

Antara kisah yang kita boleh jadikan sebagai panduan adalah sifat tegas Nabi Muhammad SAW terhadap seorang kanak-kanak yang tidak jujur.

An-Nawawi dalam kita al-Adzkar berkata: "Kami meriwayatkan dalam kitab Ibnus Sunni, daripada Abdullah bin Busr Al-Mazini RA, ia berkata: Ibuku mengutusku kepada Rasulullah SAW dengan membawa seikat anggur. Namun, aku memakan sebahagiannya sebelum aku berikan kepada baginda. Ketika aku sudah bertemu baginda, baginda memulas telingaku dan mengatakan, "Ini adalah pengkhianatan."

Lihat, baginda juga marah.

Tapi, of course, perlu pada keseimbangan dan kesederhanaan dan mengikut iman,

BUKAN MENGIKUT NAFSU KEMARAHAN YANG MEMBARA.

Atas niat mendidik, BUKAN UNTUK MELEPASKAN KEMARAHAN.

.

Moga kita dapat jadi orang dewasa yang menghormati kanak-kanak sebagaimana kita ingin mereka menghormati kita.

Moga kita dapat bersabar dalam membimbing insan kecil ini untuk mengawal emosi mereka.

 

Kredit: https://www.facebook.com/hashtag/catatanparentingsyakira

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint