Anak kita tengok apa sebenarnya...


Anak
Anak


Ibu ayah, bila kita memberikan anak kita menonton YouTube atau televisyen, pastikan kita tahu content apa yang akan anak kita tengok. 

 

Biar ibu ayah tahu apa mesej dan perlakuan dalam video tersebut, hatta kartun sekalipun.

 

Tidak dinafikan banyak kartun dari negara luar, yang jauh dari norma ketimuran kita, dan sudah ada elemen soft porn dalam cerita kartun tersebut.

 

Watak kartun yang seksi, adegan berciuman dan berpelukan.

 

Itu semua soft porn. 

 

Pernah saya tertonton televisyen di kedai makan,

Ditayangkan cerita kartun, saya pun sudah lupa tajuknya.

 

Watak utamanya perempuan, 4 sekawan suka menyanyi, pakaian mereka berwarna-warni, berskirt pendek, mewarna rambut dan kuku. 

 

Mereka upload video mereka di laman sosial.

Mereka seronok bila video nyanyian mereka viral. 

 

Saya terpegun sekejap. Kartun sekarang advance ye, begitu rupanya content kartunnya.

 

Pastinya ia akan mempengaruhi minda anak kita. 

 

Apatah lagi iklan yang pop out ketika anak kita sedang menonton video dan melayari internet. 

 

Terlalu banyak iklan mengarut di laman sesawang dan website. 

 

Bermula dengan tidak sengaja,

Takut membawa kepada sengaja menonton.

 

Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengejutkan apabila kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.

 

Anak kita belum cukup matang menapis apa yang dilihat.

Kitalah yang harus jagakan untuk mereka.

Jagakan pandangan mereka.

 

Allah Ta’ala berfirman,

 

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

 

”Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’" Surah An-Nur, ayat 30.

 

Jadi, pantau ya.

Jangan biar anak kita tidur bersama telefon.

Tetapkan rule penggunaan gajet.

Ketahui content apa yang anak boleh tonton.

 

Wan Nur Syakira

 

Kredit: https://www.facebook.com/275277733042510/posts/697124317524514/

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint