Ramai follower, bagus ke?


Lelaki
Lelaki Baduin dengan untanya


Merasa sedih tidak dikenali?

Jangan kita bersedih jika diri kita tidak dikenali atau tidak dipeduli, kerana di kalangan para nabi dan rasul yang hebat lagi mulia itu pun masih ada ramai yang tidak dikenali.

Allah berfirman;

وَرُسُلًا قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ مِن قَبْلُ وَرُسُلًا لَّمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ ۚ

"Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu." (Al-Nisaa’: 164)

Para ulama hadith berselisih tentang status hadith jumlah nabi dan rasul, sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Taimiyyah rahimahullah (wafat 728 H) bahawa hadith Abu Dzar RA dan Abi Umamah RA tentang jumlah rasul ialah 313-315 orang dan jumlah nabi pula ialah sekitar 120/124 ribu orang adalah tidak sahih. [Majmuk Al-Fatawa, Ibn Taimiyyah]

Justeru di sisi Imam Ahmad dan lain-lain mereka menganggap bahawa jumlah nabi dan rasul adalah tidak dketahui (لا يعلم عددهم إلا الله)

Daripada seramai-ramai Nabi dan rasul, berapa orang sahaja yang kita tahu?

Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;

إِنَّ مِنَ الأَنْبِيَاءِ مَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُ مِنْ أُمَّتِهِ إِلاَّ رَجُلٌ وَاحِدٌ

"Sesungguhnya di antara para Nabi ada yang tidak dibenarkan atau dipercayai oleh ummatnya kecuali hanya oleh satu orang.." (HR. Muslim]

Para Nabi itu pun ada yang tidak mempunyai 'followers' jadi kita yang bukan Nabi ini apalah yang nak dihairankan sangat?

Itu bukanlah kayu ukur kebenaran atau apa, cuma ujian dan dugaan Tuhan!

 

Kredit : Ustaz Emran Ahmad

 

 

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint