𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐀𝐇!




Ada banyak kebaikan apabila kita memeluk anak-anak kerana dengan pelukan dapat mengurangkan hormon stres (cortisol) dan menaikkan hormon kasih sayang (oxytoxin).

Baca perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari mengenai kuasa pelukan mak ayah kepada anak-anak.

Ada orang yang hidupnya ada rumah mewah, kereta besar dan pekerjaan yang hebat tapi bingung sebab...

  • hubungan dengan anak-anak hambar.
  • anak suka melawan.
  • payah nak dengar kata.
  • anak lebih suka buat hal sendiri.

Boleh jadi puncanya kerana kita terlalai dan terlupa nak syukuri nikmat zuriat yang kita perolehi tu. Cuba tanya balik diri kita:

  • berapa kerap kita peluk anak kita tu?
  • ada tak kita cium dia hari ni?
  • kita puji dia dan doakan yang baik baik untuk dia tak?
  • masa dia bercerita, ada tak kita dengar apa yang dia luahkan?
  • ataupun kita lebih ralit menghadap smartphone berbanding memandang wajah anak kita tu?

Kawan-kawan,

Ada satu kisah ni. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Pernah satu ketika, seorang Arab Badwi datang bertemu Nabi Muhammad SAW lalu dia bertanya, “Apakah kalian mencium anak lelaki? Kami tidak mencium mereka.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Aku tidak boleh berbuat apa-apa kalau Allah mencabut semua rahmat dan sayang dari hatimu.”

Sebab tu paling penting, kita kena usaha untuk banyakkan sentuhan fizikal dan tunjukkan betul-betul yang kita sayangkan anak kita.

Dari situ anak kita akan belajar untuk build a strong connection dengan mak ayah.

Perlahan-lahan dia akan membesar jadi seorang anak yang memiliki akhlak yang mulia, hebat adabnya depan orang tua serta lembut jiwanya.

Kredit teks: Dr Ahmad Luqman Bukhari

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint