𝐀𝐌𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐖

Kids Prima | 13-04-2021


𝐀𝐌𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐖.

🥛𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐡𝐮𝐫.
.
Bersahur di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat Subuh. Bersahur akan memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa.
.
Dari Anas Bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎ℎ𝑢𝑟𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑎ℎ𝑢𝑟 𝑖𝑡𝑢 𝑡𝑒𝑟𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑏𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑎𝑛. (𝐻𝑅: 𝑎𝑙-𝐵𝑢𝑘ℎ𝑎𝑟𝑖)
.
Rasulullah SAW juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari ciri-ciri bersahur orang Islam.
.
𝑆𝑎𝑏𝑑𝑎𝑛𝑦𝑎: 𝑏𝑒𝑟𝑚𝑎𝑘𝑠𝑢𝑑: 𝑃𝑒𝑟𝑏𝑒𝑧𝑎𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑝𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑎ℎ𝑙𝑢 𝑎𝑙-𝐾𝑖𝑡𝑎𝑏 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑎ℎ𝑢𝑟 (𝐻𝑅: 𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚)
.
.
🍉 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚.
.
Tidak melewat-lewatkan waktu berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah.
.
Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.
.
"𝑀𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎 𝑖𝑡𝑢 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑑𝑖𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑔𝑒𝑟𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑢𝑘𝑎 𝑝𝑢𝑎𝑠𝑎."
(𝑎𝑙-𝐵𝑢𝑘ℎ𝑎𝑟𝑖 & 𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚)
.
Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW.
.
.
🍲 𝐉𝐮𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚.
.
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa.
.
Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang.
.
Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi yang bermaksud:
"𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑠.𝑎.𝑤 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑢𝑘𝑎 𝑝𝑢𝑎𝑠𝑎, 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑢𝑘𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎 𝑏𝑖𝑗𝑖 𝑘𝑢𝑟𝑚𝑎 𝑏𝑎𝑠𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑠𝑜𝑙𝑎𝑡. 𝐽𝑖𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑢𝑟𝑚𝑎 𝑏𝑎𝑠𝑎ℎ, 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑢𝑘𝑎 𝑑𝑔𝑛 𝑘𝑢𝑟𝑚𝑎 𝑘𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔. 𝐽𝑖𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑢𝑟𝑚𝑎 𝑘𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔, 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑢𝑘𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎 𝑡𝑒𝑔𝑢𝑘 𝑎𝑖𝑟."
.
.
😴 𝐓𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐐𝐚𝐢𝐥𝐮𝐥𝐚𝐡.
.
Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya.
.
Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah SAW adalah dengan tidur sebentar sebelum solat Zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah.
.
Ini bagus untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat.
.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda;
𝐶𝑎𝑟𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑘𝑢𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢𝑖 𝑠𝑎ℎ𝑢𝑟 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑘𝑒𝑒𝑠𝑜𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢𝑖 𝑄𝑎𝑖𝑙𝑢𝑙𝑎ℎ (𝑡𝑖𝑑𝑢𝑟 𝑠𝑒𝑘𝑒𝑗𝑎𝑝 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑍𝑜ℎ𝑜𝑟) 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑖𝑏𝑎𝑑𝑎ℎ 𝑚𝑎𝑙𝑎𝑚.
.
Jangan pula kita tidur berlebih-lebihan di waktu siang hari.
.
.
Jadikan Ramadan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat.Amin.
 

BUKU BERKAITAN
  • ramadan bersama omar & hana
KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint