𝐊𝐄𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍

Kids Prima | 14-04-2021


𝐊𝐄𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍.

𝟏. 𝐏𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐚𝐧.
.
Dari puasa tersebut, secara tidak langsung kita belajar untuk menahan lapar, dahaga, marah dan semua perkara yang boleh membatalkan puasa.
.
.
𝟐. 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐬𝐚.
.
Sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang menjelaskan bahawa barangsiapa yang menjalankan ibadah puasa dengan iman dan ihtisab (niat yang baik), nescaya akan diampuni dosa-dosa yang telah lampau.
.
Ini bermakna sekiranya kita bersungguh-sungguh dan berlumba-lumba melaksanakan ibadah di bulan suci Ramadan, maka dosa-dosa yang telah berlalu akan diampuni oleh Allah SWT sekalipun dosa itu adalah dosa kecil atau besar.
.
.
𝟑. 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐡𝐚𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐬𝐦𝐚𝐧𝐢.
.
Dengan melaksanakan ibadah puasa yang mencegah seseorang dari makan dan minum pada siang hari, maka dapat pula mengusir racun dan bahan toksin serta bakteria yang dapat merosakkan kesihatan.
.
Rasulullah s.a.w. bersabda ertinya: “Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat.” (HR.Ibnu Sunni dan Abu Naim)
.
𝟒. 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐒𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚.
.
Islam adalah agama yang mementingkan kesederhanaan hidup dalam segala aspek. Sesuai dengan falsafah dan hikmah puasa yang mengajar manusia menahan diri daripada makan dan minum di siang hari kerana melaksanakan tuntutan ibadah kepada Allah.
.
Sederhana dari segi perbelanjaan, makan dan minum ketika melaksanakan ibadah puasa dalam bulan Ramadan dapat menyelamatkan seseorang dari sifat boros, membazir dan berbuat perkara sia-sia.
.
Moga-moga Ramadan kali ini menjadikan kita individu muslim yang jauh lebih baik daripada sebelumnya, amin.

BUKU BERKAITAN
  • Syawal bersama Omar dan Hana
  • ramadan bersama omar & hana
KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint