𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝟏𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍

Kids Prima | 22-04-2021


𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟎 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍
.
Dalam penuh rasa keinsafan kita mengharungi bulan puasa, sedar tak sedar kita semakin menghampiri penghujung Ramadan.
.
Sudah pastinya 10 malam terakhir ini adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh hamba-hamba Allah SWT yang beriman, yang bertekad untuk meningkatkan keimanannya dan mendapatkan pengampunan daripada Allah SW.T. serta ganjarannya.
.
Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pun memperbanyakkan ibadah dan mengajak ahli keluarganya untuk meningkatkan amalan pada 10 Ramadan terakhir.
.
Kak Min kongsikan amalan yang boleh kita lakukan pada 10 malam terakhir Ramadan.
.
.
🌙 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥-𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫

Antara nikmat dan hadiah Allah S.W.T. terhadap umat Islam adalah dianugerahkannya kepada kita satu malam yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya, iaitu malam Lailatul Qadar.
.
Ia merupakan suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan cara-cara untuk mendapatkannya adalah dengan bersemangat dalam memakmurkan sepuluh malam terakhir dengan beribadah sebanyak yang mungkin.
.
.
🌙 𝐐𝐢𝐚𝐦𝐮𝐥𝐥𝐚𝐢𝐥
.
Qiamullail atau berjaga pada tengah malam untuk bersolat merupakan ibadah yang sangat dituntut pada 10 Ramadan terakhir.
.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,
“𝐵𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑠𝑜𝑙𝑎𝑡 𝑚𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑖𝑚𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑟𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎ℎ𝑎𝑙𝑎 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝑛𝑒𝑠𝑐𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑖𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑜𝑠𝑎-𝑑𝑜𝑠𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑙𝑎𝑚𝑝𝑎𝑢.” (𝐻𝑅 𝐴𝑙 𝐵𝑢𝑘ℎ𝑎𝑟𝑖-𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚)

🌙 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧
.
Salah satu keutamaan orang yang membaca al-Quran pada bulan Ramadan adalah pahalanya akan dilipat gandakan. Ini membuktikan betapa besarnya ganjaran yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya pada bulan Ramadan, terutamanya jika ibadah itu dilakukan pada malam Lailatul Qadar.
.
Selain itu, kita juga digalakkan untuk membaca terjemahan al-Quran dan tafsirnya, berfikir secara mendalam mengenai maksudnya. Nescaya ia dapat meningkatkan lagi keimanan kita bila kita memahami setiap apa yang tersurat dan tersirat dalam kitab itu itu.
.
.
🌙 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐚
.
Pada 10 malam terakhir, apa kata kita mencuba untuk berdoa dengan lebih panjang dan lebih dihayati makna-maknanya.
Bagi yang sudah biasa dengan surah yang panjang, baca terjemahan dan penjelasan serta hayati makna daripada surah itu.
.
.
🌙 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐬𝐭𝐢𝐠𝐡𝐟𝐚𝐫
.
Bulan Ramadan adalah bulan terbaik untuk bertaubat dan menghidupkan istighfar.
.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
“𝑊𝑎ℎ𝑎𝑖 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎. 𝑇𝑎𝑢𝑏𝑎𝑡𝑙𝑎ℎ (𝑏𝑒𝑟𝑖𝑠𝑡𝑖𝑔𝑓𝑎𝑟) 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑆𝑊𝑇 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑎𝑘𝑢 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎𝑢𝑏𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎-𝑁𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑠𝑒ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑛𝑦𝑎𝑘 100 𝑘𝑎𝑙𝑖.” (𝐻𝑅 𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚)
.
Baginda merupakan orang yang paling banyak beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT meskipun terpelihara daripada dosa. Apatah lagi kita umatnya yang sering melakukan dosa setiap hari.
.
.
🌙 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚
.
Umat Islam yang bersedekah pada 10 malam terakhir Ramadan akan mendapatkan pahala yang melimpah serta keutamaan bersedekah itu 

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint