𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐈 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈




Beberapa hari saja lagi bulan Ramadan akan melabuhkan tirainya. Bulan Syawal pula bakal menjelma.

Ada amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan pada bulan Syawal sebagai tanda untuk kita zahirkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Jom kita semak senarai amalan sunat di Hari Raya Aidilfitri.

  • Mandi sunat di pagi hari raya.
    Sebelum keluar ke masjid, pastikan mandi sunat hari raya. Tapi kali ini, bersolat di rumah saja ya.
  • Pakai pakaian dan wangian terbaik.
    Pakaian terbaik tidak semestinya pakaian baharu, tapi yang terbaik yang kita miliki. Wangi-wangian juga hanya untuk lelaki saja.
  • Jamah makanan sebelum keluar solat raya.
    Sebelum solat raya, pastikan makan dahulu. Sekurang-kurangnya makanlah kurma dalam bilangan yang ganjil seperti kebiasaaan yang Rasulullah SAW lakukan.
  • Banyakkan bertakbir bermula selepas waktu Maghrib pada malam raya.
    Laungan takbir raya bermula selepas waktu Maghrib. Takbir raya kali ini pasti terlebih sayu. Maklum saja, kita masih dalam PKPB yang membataskan pergerakan.
  • Menunaikan solat sunat hari raya.
    Tunaikan solat di rumah masing-masing sepertimana solat sunat terawih.
  • Ucap dan saling mendoakan.
    Ketika bertemu di pagi raya, ucaplah;
    تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
    Ertinya: semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu.
  • Menukar jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang dari masjid.
    Ketika pergi menunaikan solat sunat hari raya, Rasulullah SAW sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan.
  • Menziarahi jiran dan saudara-mara.
    Biasanya, ini yang kita lakukan setelah lama tidak bersua dengan saudara-mara dan jiran tetangga dek sibuknya kita bekerja sehari-hari. Namun, ini juga dilarang sama sekali.
  • Puasa sunat enam hari di bulan Syawal.
    Puasa sunat Syawal bermula pada hari raya kedua atau pada 2 Syawal.

    Ibu dan ayah boleh kongsikan senarai ini bersama anak-anak. Namun perlu fahamkan mereka kerana ada juga perkara yang tidak boleh kita lakukan dalam tempoh ini.

    Kalau ibu ayah nak tahu, buku Syawal Bersama Omar & Hana mengajar anak-anak mengenai bulan Syawal dalam erti kata yang mudah. Ada info, aktiviti dan doa.

    Semoga bermanfaat!
KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint