𝐀𝐍𝐀𝐊 & 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐊𝐑𝐈𝐍




‘Total lockdown’ yang berakhir pada 14 Jun 2021 telah disambung sehingga  28 Jun 2021.

Dalam tempoh ‘berkurung’ ini, pasti banyak masa anak-anak dihabiskan dengan melihat televisyen dan juga telefon bimbit. Sebagai ibu dan ayah, kita berhak dan perlu mengawal aktiviti anak-anak daripada terus leka menghadap skrin.

Dr. Nurul Badriyah berkongsi tip mengenai ‘ANAK & MASA BERSAMA SKRIN’.

Perkara yang mungkin jadi keresahan ramai ibu bapa bila PKP: Anak & Masa Bersama Skrin.

Ikutkan mudah, boleh sahaja buka TV untuk anak hadap setiap masa. Boleh juga bagi telefon untuk mereka kawal sendiri ikut suka hati.

Mudah kerja kita. Win-win. Ibu ayah kerja. Anak seronok.

Tapi, kesannya tak bagus. Anak mula ketagihan. Fokus hilang. Merengek bila tiada skrin. Mungkin boleh mengamuk.

Langkah yang boleh ambil:

1-Tetapkan masa di telefon gunakan aplikasi. Anak tahu dia ada batasan.

Kalau boleh, dekatkan jarak 10-15 minit sahaja. Kemudian, boleh tambah. Jadi, anak akan berinteraksi dengan kita untuk dapatkan lebih masa.

2-Letak masa juga gunakan penggera dan tunjukkan di jam untuk anak peka waktu tontonan yang ditetapkan.

Contoh: Jarum pendek capai no. 12, jam akan bunyi ya. Nanti bagi ibu jam untuk ibu tutup. Jangan lupa tutup TV juga.

3- Semasa anak-anak bersama skrin, galakkan komunikasi berterusan.

Tanya dia 'okey?'

Atau, 'pause sekejap. Ambil air di dapur. Minum.'

Jadi, kita dapat halang dia daripada hanyut dalam dunia skrinnya selang-selang waktu.

Untuk halang mereka terus, itu mustahil. Kita di zaman digital. Jadi, kita usaha untuk urus.

4- Kalau boleh luangkan masa untuk buat aktiviti tanpa skrin, lebih bagus. Selangkan aktiviti dengan masa skrin mereka.

Ada halaman rumah, boleh keluar sebentar untuk layan anak-anak hiburkan diri dengan udara luar. Sebentar tetapi berkualiti adalah lebih baik.

Ibu ayah, kekal semangat. Kita sedang berjuang!

Moga kita boleh berlari di taman semula bersama anak-anak manis kita nanti. Amin.

 

Kredit teks: Dr. Nurul Badriyah Ali.

Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Johor.

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint