DI MANA HILANGNYA MUSTAJAB DOA?




DI MANA HILANGNYA MUSTAJAB DOA?

 

Setiap hari kita akan berdoa. Berdoa pula bukan untuk perkara tertentu malah ia merangkumi semua aspek kehidupan dunia dan akhirat.

Akan tetapi, sejauh mana pula kita tahu doa-doa telah diterima atau sebaliknya? Adakah doa tidak dimakbul sehingga hari ini tandanya Allah tidak terima? Atau kita yang sebenarnya telah ‘tersalah’ ketika berdoa?

Tenang kawan.

Mari, kami kongsikan beberapa tip untuk mendapatkan doa yang mustajab.

1. Berdoa dengan penuh harap dan yakin

(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut…) - Surah Al-Anbiya’: 90

Doa kita hari ini bagaimana? Bersungguh-sungguh atau hanya sekadar kata-kata di bibir?

 

2. Bersihkan diri daripada perbuatan dosa

Sebelum berdoa lakukan solat taubat terlebih dahulu kemudian disudahi dengan istighfar. Selepas itu berdoalah sesungguhnya dengan harapan tiada lagi dosa yang menghijab doa daripada sampai kepada Allah Yang Maha Mendengar. Kita ini manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Justeru, akuilah kesalahan terlebih dahulu sebelum memohon apa-apa perkara daripada Dia Yang Maha Memberi.

 

3. Berdoa pada waktu yang mustajab

Misalnya berdoa ketika azan dan iqmah, sewaktu hujan lebat, pada hari Jumaat dan juga di sepertiga malam. Ruginya kalau kita biarkan waktu-waktu itu berlalu begitu sahaja.

 

4. Jangan berputus asa ketika berdoa

Perkara ini memerlukan kesabaran yang tinggi sebab ramai yang ‘gagal’ ketika menunggu doa dimakbulkan. Percayalah, Allah tidak akan pernah mungkiri janji-Nya kerana Dia lebih tahu saat yang tepat seseorang itu layak diangkat doanya ke langit Ilahi.

 

 

 

 

 

 

Imprint