Adab-adab dan Perkara-perkara yang Perlu Dilakukan pada Hari Jumaat




Mandi. Rasulullah SAW bersabda:

غُسْلُ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ

“Mandi pada hari Jumaat wajib ke atas setiap orang yang akil baligh.” HR al-Bukhari

 

Memakai pakaian yang paling elok dan menggunakan wangi-wangian. Rasulullah SAW bersabda:

عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ الغُسْلُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، وَيَلْبَسُ مِنْ صَالِحِ لِبَاسِهِ ، وَإِنْ كَانَ لَهُ طِيْبٌ مَسَّ مِنْهُ

“Setiap orang Islam wajib mandi pada hari Jumaat, memakai pakaian yang elok dan menggunakan minyak wangi jika ada.” HR Ahmad

 

Keluar awal ke masjid sebelum masuk waktu solat Jumaat. Rasulullah SAW bersabda:

مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غَسْلَ الْجَنَابَةِ ، ثُمَّ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْأُوْلَى فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بُدْنَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَالرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً ، فَإِذَ خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتِ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُوْنَ الذِّكْرَ

“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi hadas besar), kemudian pergi ke masjid pada saat yang pertama (ganjarannya) seolah-olah mengorbankan seekor unta. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kedua seolah-olah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang ketiga seolah-olah mengorbankan seekor kambing yang bertanduk. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang keempat seolah-olah mengorbankan seekor ayam. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kelima seolah-olah mengorbankan sebiji telur. Apabila imam keluar (naik ke mimbar) para malaikat hadir mendengarkan nasihat dan peringatan.” HR al-Bukhari 

 

Solat sunat empat rakaat atau lebih ketika masuk masjid. Mengenai perkara ini Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، وَيَتَطَهَّرُ بِمَا اسْتَطَعَ مِنْ طُهْرٍ ، وَيدَهِّنُ مِنْ دُهِنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيْبِ بَيْتِهِ ، ثُمَّ يَرُوْحُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ ، ثُمَّ يُصَلِّيْ مَا كُتِبَ لَهُ ، ثُمَّ يَنْصِتُ لِلْإِمَامِ إِذَا تَكَلّمَ إِلّا غُفِرَ لَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ إِلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى مَاْ لَمْ يَغْشَ الْكَبَائِرَ

“Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat, bersuci sekadar termampu dan memakai minyak rambut atau memakai wangi-wangian yang ada di rumahnya. Setelah itu dia pergi ke masjid dan tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk di dalam masjid). Apabila berada di dalam masjid dia mengerjakan solat yang diwajibkan kepadanya serta diam ketika imam berkhutbah nescaya diampunkan dosa-dosanya (yang kecil) dari Jumaat ke Jumaat yang lain selama dia tidak melakukan dosa besar.” HR al-Bukhari 

 

Diam ketika mendengar khutbah. Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ : أَنْصِتْ ، فَقَدْ لَغَوْتَ

“Jika kamu berkata-kata kepada sahabatmu (dengan perkatan) diam (sekalipun) ketika imam sedang membaca khutbah, maka sesungguhnya kamu telah lagha (lalai).” HR Muslim

مَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَى ، وَمَنْ لَغَى فَلَا جُمُعَةَ لَهُ

“Sesiapa menguis-nguis batu kerikil maka dia telah lalai. Sesiapa yang lalai tidak mendapat ganjaran dan pahala solat Jumaat.” HR Abu Dawud 

 

Menunaikan solat Tahiyyatul Masjid dua rakaat secara ringkas. Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيْهِمَا

“Apabila seseorang kamu datang pada pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah maka rukuklah (solatlah) dua rakaat. Lakukanlah dengan ringkas.” HR Muslim 

 

Makruh melangkah jemaah dan memisahkan antara dua orang yang sedang duduk. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang sahabat yang melakukan perbuatan tersebut:

اِجْلِسْ فَقَدْ آذَيْتَ

“Duduklah kerana kau telah menyakiti jemaah yang duduk.” HR Abu Dawud

فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ

“Tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk di dalam masjid).”  

 

Haram melakukan urusan jual beli ketika azan Jumaat dikumandangkan. ALLAH berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman. Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati ALLAH (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah jual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surau al-Jumuah: 9

 

Membaca surah al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ ؛ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan disinari oleh cahaya dia antara dua hari Jumaat.” HR al-Hakim

 

Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW bersabda:

أَكْثِرُوْا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةَ الْجُمُعَةِ ، فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ ؛ كُنْتُ لَهُ شَهِيْدًا وَشَفِيْعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Perbanyakkan selawat ke atasku pada hari Jumaat dan pada malam Jumaat. Sesiapa yang melakukannya aku menjadi saksi dan pemberi syafaat kepadanya pada hari Kiamat kelak.” HR al-Hakim 

 

Memperbanyakkan doa kepada ALLAH.

Terdapat satu waktu yang dikabulkan doa di dalam hari Jumaat. Sesiapa yang berdoa di dalam waktu tersebut ALLAH akan mengabulkan doanya. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيْهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu masa apabila seorang hamba Muslim berdoa kepada ALLAH akan kebaikan bertepatan dengan masa itu ALLAH akan memperkenankan apa yang diminta.” HR Ahmad 

Terdapat riwayat yang menyebutkan waktu istijabah (doa diterima) di antara keluar imam (untuk berkhutbah) sehingga solat selesai. Dikatakan juga waktu tersebut adalah selepas solat Asar.

 

BUKU BERKAITAN
  • Minhaj al-Muslim
KALENDAR
Imprint