PANDUAN MEMUPUK ANAK SOLAT




Sebagai ibu dan bapa yang beragama Islam kita perlu mendidik anak-anak untuk memahami kewajipan menunaikan solat.

Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam Riwayat Abu Daud yang bermaksud, “Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah dia kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun”. 

Jadi, bagaimana caranya kita nak mendidik anak-anak untuk mengerjakan solat bukan secara paksaan atau dipaksa?

Di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranan dan perlu kreatif dalam usaha memastikan anak-anak mengerjakan solat lima waktu sehari. Di antaranya kita boleh lakukan 5 perkara ini.

1. Solat bersama-sama.

Biasanya, bagi ibu bapa yang bekerja, waktu yang paling sesuai untuk mengajak anak-anak mengerjakan solat bersama-sama adalah pada waktu Maghrib. Selepas solat, ibu bapa ambillah peluang bertanyakan kisah seharian mereka di sekolah ataupun di transit. 

2. Belikan sejadah comel atau telekung.

Terdapat banyak jenis sejadah ataupun telekung comel khas untuk kanak-kanak di pasaran. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, berbelanjalah lebih sedikit untuk anak-anak. Belikan mereka sejadah comel atau telekung berwarna pink atau apa sahaja warna kesukaan mereka. Sudah pasti mereka berasa seronok dan dihargai. Malah mungkin melaksanakan solat tanpa paksaan ataupun kerana terpaksa.

3. Hadiahkan buku solat atau poster.

Untuk mengukuhkan lagi bacaan di dalam solat, apa kata hadiahkan buku solat sebagai panduan bukan sahaja untuk anak-anak tetapi sebagai rujukan untuk ibu dan bapa. Sebagai contoh, Buku Belajar Solat Bersama Ummi: Panduan Lengkap Solat Lelaki & Perempuan - Augmented Reality (AR) mungkin boleh dijadikan sebagai hadiah.

Buku solat ini menyediakan panduan lengkap mengenai:

  1. Cara berwuduk dengan sempurna.
  2. Bacaan di dalam solat lengkap dengan terjemahan.
  3. Pergerakan solat dengan terperinci dari permulaan solat hingga selesai solat.

Paling istimewa, buku solat ini mempunyai elemen 3D AR (Augmented Reality) yang membolehkan anak-anak melihat secara realiti pergerakan solat dan juga bacaan solat. Menarik bukan?

Contoh poster bersaiz besar untuk bacaan dan rujukan bersama anak-anak. Poster ini mempunyai Augmented Reality. Hanya muat turun Aplikasi Belajar Bersama Ummi dan boleh digunakan bersama poster dan jugaBuku Belajar Solat Bersama Ummi. 

4. Tadika Islam

Apabila anak-anak berusia 4, 5 atau 6 tahun, hantarkan mereka ke tadika Islam. Tadika seperti ini menekankan silibus pelajaran berasaskan agama Islam. Selain diajar mengenal ABC atau 123, sedikit sebanyak anak-anak sudah boleh menghafal surah al-Fatihah, belajar doa dan cara-cara menunaikan solat.

5. Berikan pujian.

Pujilah anak-anak setiap kali mereka melaksanakan solat. Sudah tentu mereka berasa bahagia dan gembira. Pasti di lain masa mereka akan solat tanpa perlu disuruh-suruh. Ibu bapa juga tentu gembira.

Sebagai ibu bapa, sentiasalah kita berdoa agar anak-anak dan keturunan kita adalah dalam kalangan mereka yang mengerjakan solat. Amin.

BUKU BERKAITAN
  • belajar solat bersama ummi: panduan lengkap solat lelaki - augmented reality (ar)
  • belajar solat bersama ummi: panduan lengkap solat perempuan - augmented reality (ar)
  • poster panduan solat lelaki (ar)
  • poster panduan solat perempuan
  • poster cara berwuduk (ar)
  • poster azan & iqamat (ar)
  • poster surah al-fatihah (ar)
Imprint