Bilakah Kali Terakhir Kita bertaubat?




Imam Ghazali menyatakan:

Bahawa doa kebanyakan para nabi a.s, ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud):

“Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang telah aku bertaubat, tetapi setelah itu aku melakukannya kembali. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan”.

“Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba–tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada  kerana yang lain daripada-Mu”.

“Aku memohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.”

“Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri. Ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut.”

Bacalah dengan hati doa ini, pasti akan ditemui rasa yang sukar diungkapkan.

Percayalah.… doa ketika hati benar-benar ingin bertaubat akan memberi kesan yang hebat.

Tidak lagi hanya air mata yang mengalir, malah hati akan terasa sayu dan sebak di sepanjang hari.

Ketika itu juga, perasaan akan menjadi tenang yang sukar diungkapkan. Ketahuilah, waktu itu Allah sedang membersihkan hati yang sekian lama terpenjara dalam kesesatan menuju syurga.

Allah itu, Ya Rahim. Setiap taubat akan diterima walau seburuk sejahat mana pun kita. Walau seburuk mana pun kita. Hanya satu yang diperlukan, iaitu yakin.

Yakinlah, DIa ada akan sentiasa di sisi walaupun apapun kita, walau siapa pun kita.

Dan sebenarnya, bilakah kali terakhir kita bertaubat?

Imprint