RUPANYA INILAH SEBAB MENGAPA ANDA HARUS KE PAVILION KARANGKRAF; ALAF 21 @ PBAKL2019

Cik Ilham | 27-03-2019


Menjadi tradisi, setiap tahun satu acara besar pasti akan diadakan bagi meraikan penerbit, pembaca dan pencinta buku.

Tahun ini, Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2019 hadir lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula dari 29 Mac - 7 April 2019.

Alaf 21 tidak ketinggalan untuk menyertai acara besar ini dan pastinya para pengikut kami sudah tidak sabar untuk mendapatkan buku-buku terbaharu Alaf 21 serta beramah mesra bersama penulis-penulis.

Antara aktiviti yang sudah diatur untuk para pengunjung Pavilion Karangkraf dari Alaf 21 adalah :


1. Pelancaran Buku Tony Fernandes "Terbang Tinggi"


Siapa sangka, wajah yang sering kita lihat sebagai tulang belakang kejayaan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia ini kini menaskhahkan kisahnya dari buku bertajuk 'TERBANG TINGGI INILAH KISAHKU - DARI AIRASIA KE QPR'.

Kisahnya dari zaman kecil hinggalah menaikkan nama kumpulan nasyid popular suatu ketika dahulu iaitu Raihan, kini beliau menerajui syarikat penerbangan dan bola sepak pula.

Namun, apa yang menarik mengenai beliau ialah sikapnya yang sentiasa merendah diri.

Temui Tony Fernandes di pelancaran buku "TERBANG TINGGI" pada 30 Mac 2019 (Sabtu) pada jam 12 tengahari di Pentas Utama PBAKL, PWTC.

2. DISKAUN HARGA SEHINGGA 25% BAGI BUKU BAHARU

Lebih 10 buah buku diterbitkan semperna PBAKL 2019 ini yang masih belum didapati di mana-mana kedai buku. Andalah yang terawal memilikinya namun diskaun sehingga 25% diberikan khas buat pengunjuk Pavilion Karangkraf, PBAKL 2019.

3. HARGA MURAH TAK MASUK AKAL

Bagi judul-judul terpilih, anda boleh memilikinya dengan diskaun sehingga 50%.

Terdapat buku dan novel dijual dengan harga RM10 senaskhah dan 3 naskhah RM20.

Bagi novel cinta remaja, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM25 bagi 3 naskhah buku.

4. PAKEJ BUKU UMUM SEHINGGA 30%

Bagi anda yang ingin mendapatkan buku rujukan pendidikan yang ditulis secara santai dah mudah difahami, jangan ketinggalan untuk mendapatkan pakej-pakej buku ini. Memang berbaloi.

5. BUKU RESIPI SENTIASA MENJADI PILIHAN WANITA

Bagi anda yang sukakan buku masakan, inilah masanya untuk mmenambahkan koleksi. Ada pelbagai buku resipi terbitan Alaf 21 akan dijual. Bukan sahaja resipi makanan yang anda akan dapat, ilmu memasak pun turut disertakan. Pasti Cik abang senyum sampai ke telinga apabila  menikmati masakan anda selepas ini.  

6. BUKU KRAF SENTIASA DIJADIKAN RUJUKAN

Minat setiap insan sememangnya berbeza. Jangan tak tahu, ramai yang sudah menjadi usahawan walaupun secara kecilan apabila membeli buku kraf Alaf 21.

Tak percaya? Datang ke Pavilion Karangkraf dan dapatkan buku kraf Alaf 21. Pasti anda teruja.

7. EKSKLUSIF PBAKL 2019

40 buah buku akan dijual secara eksklusif di PBAKL 2019.

Buku-buku ini masih belum dipasarkan di kedai-kedai buku.

Anda yang terawal akan memilikinya.

8. DISKAUN TAMBAHAN BOLEH BELI LAGI SATU BUKU

Setiap pembelian RM 100 dan ke atas, anda layak untuk mendapat Baucar bernilai RM5 dalam satu resit pembelian.

Baucar tu boleh terus guna atau simpan untuk pembelian seterusnya. Baucar hanya SAH di Pavilion Karangkraf sahaja ok.

 

 

Lepas baca 8 sebab ini. Korang ON ke tak ON ke Pavilion Karangkraf; Alaf 21 @PBAKL?

 

Imprint