‘ALLAH BAYAR CASH’




Pernah dengar ungkapan ini? Atau ‘What you give, you get back.’

Ada ketikanya ALLAH SWT membalas kebaikan yang kita lakukan di muka bumi ini dengan serta-merta. Ada juga yang disimpan pahala-pahala kita untuk digunakan di akhirat sana.

Tidak kurang juga DIA membalas dosa-dosa kita sekelip mata. Masya-ALLAH. Mungkin pernah berlaku terhadap kita sama ada kita sedar ataupun tidak. Namun jika kita sedar, cepat-cepatlah bertaubat dan mohon kemaafan dengan pihak yang terlibat. Jadi, kita disarankan supaya sentiasa menjaga hati, lidah, akal dan perbuatan.

'Bayaran tunai’ oleh ALLAH SWT itu sebenarnya mahu menyedarkan kita. Mungkin jika kita lalai menunaikan zakat, ALLAH SWT berikan balasan dengan cara kereta kita tiba-tiba mengalami kerosakan atau kehidupan kita dihimpit kesusahan.

ALLAH SWT juga telah berjanji, kita tidak akan menjadi lebih miskin jika kita mengeluarkan sedikit daripada kekayaan yang ada untuk kebajikan. Balasan-NYA tidak hanya terhad jika kita tersalah kata mahupun perbuatan, tetapi hati kita juga perlu bersih bagi memastikan kita tidak menambahkan lagi dosa yang ada.

Imprint