LELAKI ITU UNTUKKU




JUDUL : LELAKI ITU UNTUKKU

EPISOD : 13 episod

TARIKH TAYANGAN : 2 Julai 2019

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 8:30 malam

SIARAN TV : Selektra Prima TV2 (RTM)

PENGARAH : Haizul

PRODUKSI : Times United Industries Sdn Bhd

PELAKON : Risteena Munim, Azam Pitt, Zamarul Hisham, Marisa Yasmin, Taib Zamannuri, Nina Smith, Hairie Othman, Balqish Nordin

 

 

ORKED HARLINA lakonan RISTEENA MUNIM merupakan anak tunggal ayahnya, tapi tak pernah ada istilah ditatang bagaikan minyak penuh oleh si ayah yang jelas-jelas membencinya. Mungkin kerana itu dia menjadi gadis yang keras hati, suka melawan, sedikit ‘liar’ tapi masih sekuntum bunga yang rapuh di pelusuk hati. Bila si ayah berkahwin dengan seorang janda anak satu, lagilah dia panas hati. Kehadiran Maria si ibu tiri lakonan MARISA YASMIN tidak dialu-alukan. Kes tidur lokap semalamnya kerana bergaduh di kelab malam, mempertemukannya dengan IDLAN RIYAZ yang digalas oleh AZAM PITT, anak ibu tirinya yang selama ini belajar di luar negara. Hamdan (ZAMARUL HISHAM) yang enggan mengikat jamin anaknya sendiri di lokap, akhirnya menugaskan Idlan melakukannya. Maka bertemulah buku dengan ruas.

 

Idlan yang sentimental, cool, penuh kematangan dan pandai ‘mengenakan’ membuatkan hati si bunga liar rasa menyampah. Dia tidak pernah punya seorang abang dan JELAS, dia tidak ingin Idlan Riyaz menjadi abangnya meski lebih jelas, Idlan memperlakukannya seperti itu. Ibu bapa mereka suami isteri – ya itu hakikat. Tapi Idlan tidak akan jadi abangnya – takkan sesekali!

 

Tapi itu kata mulut. Hati di dalam paling tahu apa yang diingini. Bila dia yang tidak pernah dilindungi tiba-tiba punya guardian angel – bukan dari syurga tapi dari Kota London, siapa yang tak nak? Bila dia yang tidak pernah dikasihi, tiba-tiba diberi perhatian, maka episod terbaru tercipta. Jadilah dia secret admirer abang tirinya sendiri. Dan kerana Idlan, dia mula belajar untuk menyayangi, mempercayai dan menerima. Dan kerana Idlan juga dia kenal TENGKU EMERY ISKANDAR si playboy aka BFF Idlan yang ada karakter yang Masya ALLAH – kereknya mamat ni. Tapi sebab Idlan, hendak tak hendak dia hadap juga Emery meski hati tidak rela. Baginya Idlan lebih sempurna berbanding Emery. Idlan lebih penyayang berbanding Emery. Idlan lebih segala-galanya berbanding Emery. Cuma satu sahaja dia harus akui dalam ketidaksempurnaan Emery di matanya – lelaki itu punyai hati nurani yang luhur.

 

Dalam sekelip mata dia punya dua insan di hati yang melihat dia sempurna tatkala ayahnya sendiri menganggap dirinya satu KECACATAN dalam hidup. Rupa-rupanya DIA di atas sana punya RENCANA untuknya. Ironi bila KECACATAN itulah yang menyempurnakan hidupnya. Tapi sempurnakah dia tanpa cinta?

BUKU BERKAITAN
  • Lelaki Itu Untukku
KALENDAR
Imprint