MAN ARE TRASH. WUJUDKAH?




Terlalu banyak masalah yang terjadi hari ini berpunca daripada suami. Saya tidak katakan ia fakta tetapi inilah yang sering kali terjadi. Rujuklah mana-mana pejabat agama.

Lihatlah kes-kes yang difailkan. Kebanyakan hari ini isteri meminta cerai hanya disebabkan satu nama iaitu suami!

Adakah ini disebabkan wujudnya perkataan man are trash?

Jujurnya saya tidak setuju kerana masih ada lagi lelaki budiman yang tersorok dalam kalangan mereka yang dikatakan ‘sampah’. ya. Masih ada. Dan percayalah dia akan muncul saat kita benar-benar menyerahkan diri dan bertawakal setelah berusaha untuk mencari pasangan kiriman dari Tuhan.

Saya pernah menjadi pakar rujuk tak terlatih, untuk mendengar luahan masalah rumah tangga beberapa orang sahabat. Mungkin mereka segan mahu jumpa kaunselor. Atau saya ini pendengar yang baik bagi mereka. Entahlah. Hanya mereka yang tahu.

Daripada masalah yang saya dengar, suami yang tidak membantu mengurus rumah tangga menjadi punca pergaduhan.

Kata sahabat saya, siapalah yang tidak penat apabila pulang sahaja dari kerja, terus tangan mencapai kuali dan periuk. Dalam sibuk memasak, anak pula merengek minta disusukan. Oh, itu belum lagi terlupa ada gulai atas dapur yang perlu dikacau selalu. Dan sebenarnya, saat itu jugalah baru terperasan secawan milo sebagai sarapan pagi tadi tidak sempat dijamah.

Masuk bilik pula, ada timbunan kain yang belum berlipat. Jenguk pula kain kotor untuk dibasuh  tetapi rupanya kain yang dibasuh malam tadi pun terlupa nak sidai. Dalam keadaan kelam kabut itu, mulut mula memanggil nama suami mengharapkan bantuan. Tetapi tidak bersahut. Berlarilah isteri ke ruang tamu untuk mendapatkan suami. Tetapi hampa apabila melihat suami berdengkur tidur atau sedang sedap melayan hand phone!

Apabila emosi isteri tidak lagi terkawal, saat itu tercetuslah rasa marah akibat keletihan yang bersangatan. Tetapi apabila terkena suami baran, isteri pula yang disalahkan. Salahkah isteri meluahkan emosi yang sepatutnya difahami sang suami? Kata sahabat saya, inilah dia ciri man are trash!

Tanya sahabat saya pula, pernah tidak saya mendengar istilah ‘membela biawak hidup?’

Belum sempat saya menjawab, katanya, golongan ini:

-Tanpa belas ehsan membiarkan isteri mengambil alih tanggungjawab yang dipersetujui saat akad suatu masa dahulu. Dia hanya menunggu hasil yang dibawa pulang sang isteri!

- Tanpa ehsan, dia menjadi kaki kikis hasil titik peluh isteri. Di mana hilangnya teladan seorang pemimpin yang perlu ada pada seorang suami?

-Tanpa ehsan, dia tanpa segan memukul isteri di hadapan anak. Beginikah lelaki yang katanya pernah berjanji dahulu mahu bercinta till jannah?

Ya Allah… takutnya. Ketika itu saya benar-benar percaya bahawa istilah man are trash itu wujud!

Saya akui hal-hal ini tidak hanya terjadi kepada sahabat saya sahaja, malah kepada isteri di luar sana.

Sebelum kami berpisah, pesan sahabat saya, berhati-hatilah memilih suami kerana kata Datuk Prof, Dr.Muhaya Mohamad, perempuan yang paling malang adalah yang telah tersalah pilih suami!

Jadi, bersyukurlah isteri yang direzekikan suami yang terbaik, dan bersabarlah isteri yang diuji dengan sesuatu yang bernama suami.

Semoga kita semua dilindungi.

 

kredit artikel: Ismi Hayati

KALENDAR
Imprint