TIP MEMILIH KAIN JUBAH




Mereka yang ingin memakai jubah sudah tentu inginkan keselesaan ketika beribadat da
juga dipakai ketika melakukan aktiviti seharian. Untuk mendapatkan jubah yang berkualiti
dan selesa ada beberapa perkara perlulah diperhatikan jika ingin memilih kain jubah lelaki yang sesuai:

1.Anda mestilah mengenal dan mengetahuan jenis-jenis material atau kain yang sesuai untuk jubah lelaki anda. Terdapat 5 jenis material yang sesuai dipakai dinegara kita ini iaitu jenis cotton (kain kapas), kain chiffon, viscose, jacquard dan crepe.

2.Kain kapas merupakan material yang berasal dari serat pokok kapas dan amat sesuai mengikut iklim panas dan lembab dinegara kita ini.Ia selalunya digunakan untuk membuat selimat, baju sekolah dan juga jubah lelaki. Ini disebabkan ia mudah menyerap peluh dan mudah untuk dicuci atau dibersihkan.

Terdapat bebrapa jenis cotton yang biasa digunakan iaitu:
 i.Cotton Jepun. Sejenis kain yang eksklusif kerana kualiti yang halus dan kain yang ringan. Sekali pandang macam kain cotton biasa, tetapi bila diperhatikan dengan teliti akan terdapat tulisan dihujungnya 'japan cotton". Ia banyak digunakan untuk membuat telekung, jubah wanita dan blouse wanita.Dari segi harganya ia agak mahal, disebabkan kualiti dan jenis permukaan yang lebih halus dan tahan lasak.

ii.Cotton Paris.Ia mempunyai ciri-ciri seperti contton Japan, tetapi kain yang lebih nipis dan banyak digunakan untuk membuat blouse wanita dan jubah.

ii.Contton Silk.Terdapat 2 jenis cotton Silk iaitu jenis tebal dan nipis. Ia memiliki permukaan yang lebih berkilap dan dan harga yang mahil berbanding dengan cotton biasa. Mempunyai daya serap peluh yang rendah dan warna kilap yang tahan lama.

iii.Cotton Minyak. Ia dipanggil cotton minyak disebabkan permukaan berkilat seperti minyak. Cuma harganya adalah sama dengan cotton biasa dan mempunyai daya serap peluh yang baik dan jika digunakan dan dibasuh sealu kilapnya akan berkurangan.

iv.Cotton Biasa.Banyak juga digunakan untuk membuat blouse dan jubah wanita disebabkan banyak motif yang sesuai digunakan seperti  motif polos, kotak, garis dan bunga atau abstrak. Harganya juga lebih murah dan daya serap peluh yang sederhana serta mempunyai warna yang tahan lama.

3.Kain Chiffon juga sering digunakan untuk membuat jubah. Ia diperbuat dari material  seperti sutera, kapas dan sintentik fiber. Ia mempunyai struktur yang lembut, beralun dan ringan. Banyak digunakan untuk membuat pakaian dalam, gaun dan riben serta pakain tradisional dan moden. Disebabkan kainnya yang nipias dan tembus, ianya biasa digunakan dengan satu lapisan kain yang lain sebagai pelapik seperti kain satin atau kain lapisan dengan warna yang lain. Antaranya jenis Kain Chiffon yang terdapat dipasaran ialah:

i.Chiffon Sutera. Ia banyak digunakan untuk mebuat tudung dan shawl disebabkan kain yang selesa dan berkualiti. Cuma harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang rapi  dan cucian kering.
ii.Chiffon Georgette. Ia adalah sejnis kain yang digabungkan antara kain chiffon dan georgette. Ia juga menjadi pilihan ramai untuk dibuat tudung dan shawl disebabkan penjagaan yang mudah, kain yang lebih murah dan mudah untuk dicuci menggunakan air.

4.Kain Viscose juga banyak digunakan kerana materialnya yang lembut dan sejuk dipakai. Warnanya yang lebih berkilat dan menyerap peluh. Ia mudah dicuci dan dihilangkan kotoran dengan menggunakan sabun pencuci dan boleh dicuci basah mahunpun cucian kering.

5.Kain Jacquard juga banyak digunakan untuk membuat jubah disebabkan rekaan bentuk pola yang ditenun menjadi kain dan bukannya dicetak. Ia memberikan banyak pilihan dan rekaan corak tenunan yang diinginkan. Ia mempunyai permukaan yang lebih licin dan berkilat. Itu menjadikan ia diminati anak-anak muda untuk dipakai sebagai baju Melayu mahupun jubah.

6.Kain Crepe juga amat diminati dewasa ini oleh masyarakat melayu disebabkan kainnya yang nipis dan lembut seperti sutera, mudah dijaga dan tidak mudah berkedut. Sering digunakan untuk membuat jubah lelaki, baju melayu, blouse dan baju kurung.

Sebenarnya terdapat banyak pilihan untuk kita memilih kain jubah yang sesuai dan selesa. Semuanya adalah mengikut citarasa anda. Anda kenalah bijak memilih yang sesuai dengan bajet dan keselesaan anda.

 

Kredit artikel: Blog Royal Jubah Collection

Imprint