Petua supaya kek tidak melekat pada loyang




Petua supaya kek tidak melekat pada loyang pembakar tanpa menggunakan parchment paper/kertas minyak.

Bahan2:
minyak masak
Shortening (lemak sayur)
Tepung gandum
(sukatan nya mengikut nisbah 1:1:1) - sy guna 1 sudu besar utk setiap bahan.

Cara2:
Campurkan semua bahan tersebut hingga sebati. Siap. Apabila hendak membakar kek, sapu saja pada loyang. Tuang adunan kek anda dan bakar.

Hasilnya,kek tidak melekat, tiada kerak di tepi dan dasar kek.

Baki bahan yg dicampur tadi boleh disimpan di dalam bekas dan boleh digunakan lagi pada masa akan dtg.

Kredit: Shikin Kitchen

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint