LANGKAH-LANGKAH MENANGANI TEKANAN SUAMI ISTERI




  •  Menganalisis diri (muhasabah) – perlu menyedari bahawa dirinya sedang mengalami tekanan.
  • Kenal pasti punca tekanan.
  • Kawal emosi secara matang dan bijak. Tingkatkan kesabaran serta perbanyakkan amalan kerohanian seperti mengamalkan ibadah sunat dan membaca al-Quran.
  • Akur dengan keupayaan diri dan menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
  • Urus masa dengan bijak. Sesuaikan dengan keutamaan dan matlamat hidup yang realistik. Susur jadual waktu bekerja, berekreasi dan beristirehat sesuai dengan tanggungjawab yang hendak dilakukan.
  • Amalkan cara hidup sihat berdasarkan ajaran Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, di antaranya:
  1. Makan makanan yang halal dan berkhasiat.
  2. Tunaikan ibadah fardu.
  3. Bersenam setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20-30 minit.
  4. Amalkan berzikir, bertafakur, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
  • Tingkatkan kemampuan untuk menyelesaikan masalah melalui perbincangan dan pembelajaran daripada orang yang berkemahiran, berpengalaman dan bersedia membantu.
  • Jauhkan diri daripada tempat atau situasi yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan.
  • Jangan pendam masalah. Cuba berkongsi dengan orang yang dipercayai.
  • Sentiasa berfikiran positif, terbuka dan amalkan sikap bertolak ansur.
  • Berkeyakinan dan berkemampuan untuk menyelesaikan masalah.
  • Mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar bagi membantu masalah tekanan yang dihadapi.
KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint