Work From Home. Tips kesihatan mental dan kekal sihat

SY | 31-03-2020


MENGEKALKAN waktu biasa

Kekalkan jadual rutin kita, maksudnya kita cuba berdisiplin kekalkan jadual waktu bekerja sebenar, dan kemudiannya berhenti apabila tiba waktu rehat dan tamat kerja. Ia akan memberikan ruang masa otak kita untuk bekerja dan masa untuk berehat.

Buat rutin pagi

Setiap manusia dicipta ada habit atau kebiasaannya. Ini kerana rutin habit tersebut membantu kita mempersiapkan mental dan fizikal untuk sesuatu tugasan. Sama ada hanya meminum secawan kopi atau teh setiap pagi. Mencipta rutin pagi dapat membantu kita bersiap sedia untuk hari bekerja di rumah.

 

Jadual berehat

Sama juga seperti persekitaran kerja, berikan diri kita untuk istirehat (rehat ergonomik). Kerana ia sangat penting untuk membiarkan otak dan badan kita berehat. Disarankan ambil 15 minit berehat setiap dua jam.

Meninggalkan ruang kerja

Beri ruang baharu untuk bernafas, bekerja atau bersenam. Ini kerana badan kita perlu bergerak dan menghirup udara segar dan melihat pemandangan baharu yang akan membantu membuat minda kita bertambah baik.

Bersosial dengan rakan-rakan

Kesepian, terpisah dan pengasingan dari rakan-rakan adalah masalah yang normal dalam kehidupan kerja berjauhan. Ambil kesempatan untuk membuat ‘teleconference’, ‘video call’ atau komunikasi WhatsApp. Memastikan hubungan sosial dipelihara kerana ia penting untuk kesihatan mental, terutamanya apabila bekerja berjauhan sepertimana bekerja dari rumah!

 

kredit : Harakah Daily

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint