Pengenalan

 

Grup Buku Karangkraf merupakan salah satu anak syarikat di bawah kelolaan syarikat penerbitan terbesar di Malaysia iaitu Kumpulan Media Karangkraf.

Penjenamaan semula Kumpulan Media Karangkraf pada tahun 2010 telah membina 6 teras perniagaan utama, salah satunya adalah Grup Buku Karangkraf yang hanya memberi fokus pada penghasilan buku dan novel.

Pada peringkat awal, Grup  Buku Karangkraf menggabungkan 3 imprint yang dibahagikan mengikut genre dan sasaran pembaca.  

1. Alaf 21 :  Menerbitkan bahan bacaan yang mensasarkan pembaca berusia 25 tahun ke atas. Kandungan bacaan lebih serius dan matang. Menghasilkan novel, buku resipi, kraf dan juga buku umum.

2. Buku Prima : Menerbitkan buku untuk bahan bacaan remaja. Penghasilan novel yang sesuai dengan jiwa remaja.

3. Karya Bestari : Menerbitkan buku-buku islamik.

Namun seiring dengan peningkatan permintaan dari pembaca dan bidang penulisan yang semakin meluas dan kreatif, Grup Buku Karangkraf melebarkan lagi cabang penerbitan dan sasaran pembaca.

Kids Prima ditubuhkan bagi memberi fokus pada penghasilan buku kanak-kanak dari prasekolah hinggalah ke usia 15 tahun. Ia merupakan cabang bagi Buku Prima untuk meluaskan sasaran pembaca.

Di bawah Karya Bestari pula, telah dibina cabang khas bagi Penerbitan Al-Quran Karya Bestari yang merupakan usahasama Karangkraf bersama Syarikat Al-Quran Cordoba Internasional yang berpangkalan di Bandung, Indonesia.

Kesukaran mendapat Al-Quran bersama terjemahan beserta dengan beberapa spefikasi yang lain membuatkan Karya Bestari menjalinkan usahasama ini agar masyarakat di Malaysia turut sama dihidangkan dengan bahan bacaan terbaik lebih-lebih lagi dalam mendalami Al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam.

Dengan pengisian yang mantap dan spesifik pada beberapa penekanan seperti terjemahan, huraian, hadis, sirah, hukum fiqh dan banyak lagi.

Pada hujung 2015, Grup Buku Karangkraf telah menubuhkan Buku Pojok bagi memberi bahan bacaan pada remaja masa kini yang lebih gemar pada bahaan yang santai, ringkas, urban dan straight forward. Ia mengangkat beberapa genre untuk diketengahkan seperti travelog, kisah benar, human interest, seram, fiksyen isu semasa dan lain-lain.

Pembabitan awal Karangkraf pada awal penubuhannya bermula dengan buku akademik namun usaha itu dihentikan untuk memberi fokus yang lebih pada imprint lain yang mengalami permintaan yang tinggi pada waktu ini.

Pada tahun 2016, Grup Buku Karangkraf telah menghidupkan semula terbitan buku akademik di bawah label Bestari Karangkraf. Usaha ini semakin membuahkan hasil apabila semakin hari buku-buku akademik , nota pelajar, modul kerja peperiksaan yang diterbitkan telah menjadi rujukan para pelajar dan guru.

Selain fokus menerbitkan buku dan novel, Grup Buku Karangkraf telah mewujudkan dimensi baru dalam bidang penulisan dengan mewujudkan Portal Ilham. Sebuah portal penulisan yang memberi peluang kepada penulis mencipta nama dan mewujudkan jaringan dengan pembaca dan penulis yang lain.

Lebih 4000 karya telah dihasilkan dan dapat dibaca secara percuma apabila anda melayari laman sesawang www.portalilham.my. Lebih 200 karya telah diterbitkan oleh pelbagai penerbit, tidak kurang ada yang telah diadaptasi ke layar kaca.

Kini Grup Buku Karangkraf telah mendominasi hampir keseluruhan pasaran buku di seluruh Malaysia dan ada diantaranya mendapat pengiktirafan dari media dan persatuan buku.

KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG DIRANGKUL :

ALAF 21
1. Anugerah Sastera Negeri Sabah (2006/07) untuk Novel ‘Bagaikan Puteri’ karya Ramlee Awang Mursyid.
2. Anugerah Buku Pilihan Pembaca Berita Harian (2009) untuk Novel ‘Selagi Ada Dia’ karya Aisya Sofea di tempat kedua dan ‘Hijab Sang Pencinta’ karya Ramlee Awang Mursyid di tempat ketiga.
3. Anugerah Buku Negara (2010) Kategori Novel Remaja untuk Novel ‘9 Nyawa’ karya Ramlee Awang Mursyid.
4. Anugerah Buku Negara (2010) Kategori Novel Paling Laris untuk Novel ‘Ombak Rindu’ karya Fauziah Ashari.
5. Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian (2010) untuk Novel ‘Yang Sebenarnya’ karya Aisya Sofea.
6. Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian (2012) untuk Buku ‘Oi Bangunlah Oi’ karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
7. Anugerah Perdana Za’aba dan Pengarang Terbaik 2012 untuk Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
8. Anugerah Novel Terbaik (Uda dan Dara), Aisya Sofea anjuran Yayasan Buku Negara 2014
9. Anugerah Pilihan Pembaca Popular 2017 kategori Non Fiction - untuk buku MY NAME IS HASMAH -  karya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
10. Anugerah Buku Negara - SERBA DINAMIK 2018 untuk Buku Umum Terbaik (Kategori Autobiografi) -  NAMA SAYA HASMAH karya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali


BUKU PRIMA
1. Andai Itu Takdirnya’ karya Siti Rosmizah di tempat pertama (2009).
2. Cinta Kau dan Aku’ karya Siti Rosmizah di tempat kedua (2010).

KARYA BESTARI
1. Anugerah Penerbitan Terbaik Kumpulan Media Karangkraf (2011).
2. Anugerah Buku Terbaik 1 (Motivasi) / Ammar / Kematian Yang Menghidupkan (2013)
3. Anugerah Buku Terbaik 11 (Motivasi) / Ammar / Kematian Yang Menghidupkan (2014)
4. Anugerah buku terbaik Berita Harian Popular / Tuhan Sedang Menguji Kita (2014)

ANUGERAH BARU NOVEL ADAPTASI KARANGKRAF :

ANUGERAH TELENOVELA 2017
1. TELENOVELA TERBAIK : Mandatori (Astro/Ideate Media)
2. PELAKON LELAKI TELENOVELA TERBAIK : Aeril Zafrel (Mandatori)
3. PELAKON WANITA TELENOVELA TERBAIK : Siti Saleha (Mandatori)
4. PENGARAH TELENOVELA TERBAIK : Razaisyam Rashid (Mandatori)
5. PENULIS SKRIP TELENOVELA TERBAIK : Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na'a Murad, Fairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shaimaine Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim (Mandatori)
6. LAGU TELENOVELA TERBAIK : Bahagia Kasihmu (Ippo Hafiz)
7. FILEM TERBAIK : Tombiruo - Penunggu Rimba
8. PELAKON WANITA FILEM TERBAIK : Izara Aishah (Kau Yang Satu)
9. PENGARAH FILEM TERBAIK : Seth Larney (Tombiruo: Penunggu Rimba)
10. PENULIS SKRIP FILEM TERBAIK : Yasmin Yaacob & Choong Chi Ren (Tombiruo: Penunggu Rimba)
11. LAGU OST FILEM TERBAIK : Ribut Hati (Tombiruo: Penunggu Rimba)
12. LAKONAN SOKONGAN MANTAP : Zarynn Min (Gaduh-Gaduh Sayang)

 

Imprint